Selasa, 27 Oktober 2020

KAEDAH ANALISA KESIHATAN DARI METAFIZIK PERANGKAAN

 Banyak kaedah ilmu dalam menilai sesuatu diatas mukabumi yang tak terjangkau oleh kita yang dalam norma biasa. Apa saja bentuk ilmu kadangkala ada kaitan getaran (vibes) diri. Dizaman atau era terkini sering juga dikaitkan dengan bidang metafizik terutamanya bidang perangkaan yang banyak dikaitkan dengan unsur diri secara ilmiah tenaga dari kerahsiaan kod dari tarikh lahir seseorang. 

Sepertimana juga tenaga elektrik yang mampu melahirkan kuasa sedangkan arusnya tidak kelihatan oleh kita tetapi dirasai. Begitulah juga hasil pernomboran yang tercipta dari formula formula tertentu yang dapat tersergamnya binaan..hasil kejuruteraan..astrologi..dan sebagainya. Setiap nombor itu punya tenaganya tersendiri jika sering didedah dan diguna selalu atau dibawa kemana mana.

Contoh:

19.11.1972

Jika dianalisakan secara terperinci dapat dikesan secara symptom ada potensi penyakit mengenai kekakuan otot..nyeri sendi..rabun mata..sakit kepala dan sebagainya. Petanda bukan saja aspek kesihatan malahan kepada potensi kecemerlangan diri..dekad 10 tahun diri dan banyak lagi.

Jika berminat nak mengetahui lanjut sila isi butiran NAMA, EMEL dan MESEJ sepertimana ruang BORANG HUBUNGAN disebelah KANAN paling atas blog ini.

Jumaat, 3 Jun 2011

KESIHATAN - TARIKH LAHIR ( 1 )

Salam kembali.,nampaknya dalam emel saya terdapat hampir puluhan orang bertanya tentang penunjuk atau petanda kesihatan dari tarikh lahir. Rata -rata nya semua orang hampir ketahui bahawa kita secara ilmiah pernomborannya bergantung pada 5 unsur. Air , tanah , api , kayu dan besi. Jika anda dalam unsur air bererti anda berhati hati dalam penjagaan hormon dan hal hal aktiviti buah pinggang , jika kayu anda harus mengenal pasti hal urusan organ hempedu dan yang berdekatan juga sendi sendi,,jika tanah hal hal yang melibatkan usus dan anggota abdomen tengah dan api pula melibatkan hal hal emosi dan tekanan. Bagi unsur besi maka kesihatan paru-paru dan anggota dada tengah. Itulah secara kasarnya analisa yang dapat dirumuskan namun sebenarnya jika dihurai secara terperinci dan dipecahkan kandungan dalam kiraan pernomboran kita akan jumpa banyak petanda..termasuklah jika kedapatan bayangan gangguan halus dan sebagainya.

Ahad, 29 Mei 2011

TARIKH LAHIR

Salam..,nampaknya dah terlalu lama saya tidak update mungkin kondisi yang terlalu sibuk. Dalam senjak dua menjak ini ramai rakyat Malaysia sinonim bab kesihatan dengan tarikh lahir. Hmm..,nampaknya ini satu bab yang menarik dimana yang diketahui bahawa manusia tertakluk kepada unsur unsur bumi yang terdiri dari tanah ,api,air,besi dan kayu. Namun segala pusingan jisim unsur itu tetap berpunca dari tanah. Jika unsur tanah..apa pula kaitan pengiraan tarikh lahir menceritakan..tentang kemungkinan penyakit yang bakal dihadapi..jika api apa pula..bagaimana dengan air , api..? Ikuti rencana saya selanjutnya dilain keluaran.

Ahad, 15 November 2009

PENYAKIT SENDI


Salam kembali semua,terlebih dahulu ribuan maaf kerana sudah sekian lama tidak 'update' maklumat terkini..memandangkan ada beberapa tugas penting yang tidak dapat dielakkan. Maka pada kali ini maklumat tentang kesihatan atau penyakit akan bersambung kembali.Selamat membaca.

PENYAKIT SENDI

Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.



Osteoarthritis

Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang
belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
v Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
v Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan
rawan.

Arthritis Reumatoid

Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
v Kekakuan pada awal pagi.
v Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
v Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
v Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
v Kelemahan dan kepenatan.
v Demam bergred rendah.
v Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
v Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

Penting

Perawatan artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan

Penjagaan Kendiri

Jika dokltor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan
v Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
v Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk
meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
v Selang selikan rehat.
v Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan
merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding
dengan doktor atau fisioterapis anda.
v Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan
boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.

Gaya Hidup

v Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan
atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
v Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan
sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan
bukannya menggunakan tangan sahaja.
v Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk
mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
v Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
v Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan
usaha yang minima.
v Sertai kumpulan sokongan artritis.
v Fikir secara positif dan ceria selalu.

Elak

v Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
v Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
v Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
v Memakai kasut yang tidak berpadanan.
v Membiarkan sakit mengganggu moral anda.

Cara hidup dengan Arthritis

v Gunakan alatan baru untuk membantu keperluan harian anda tanpa menegangkan
sendi-sendi.
v Berhubung dengan kenalan baru yang berkongsi masalah yang serupa
v Nikmati kehidupan dan kenali penyakit dengan lebih lanjut

Jumaat, 30 Mei 2008

Jagaan semasa mengandung..(Bhg 2)

Ok..keluaran lalu kita sambung ya..kali ni kita sentuh tentang bab ultra sound pula dan kita sering mendengar dikala ini ramai kaum ibu yang hamil sering menggunakan kaedah ini.Apa tujuan ultrasound ?
Tujuan ultrasound ialah:
• Dilakukan di awal kehamilan untuk mendapat maklumat berhubung dengan jumlah janin, kebolehhidupannya dan untuk menentukan umur janin dengan tepat.
• Ia membantu mendiagnoskan komplikasi kehamilan lebih awal, seperti pengguguran tertinggal, kehamilan Ektopik dan kehamilan Molar.
• Ia membantu mendiagnoskan keadaan janin seperti Anensefali, Spina Bifida dan keabnormalan kromosom seperti Sindrom Down. Juga mengesan masalah yang mungkin wujud di penghujung kehamilan seperti Plasenta Previa juga boleh didiagnoskan.
• Pengimbasan awal boleh membantu menentukan jangkaan tarikh kelahiran.
Bagaimanakah ultrasound ini dilakukan?
Prosedur ini tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Anda hanya perlu berbaring di atas kerusi panjang dan gel ultrasound akan disapukan ke perut anda supaya imej bayi anda akan dapat dilihat dengan jelas. Gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi akan dihasilkan oleh kuar ultrasound dan ia digunakan untuk menghasilkan gambar bayi. Anda akan dapat melihatnya di skrin. Gambar yang terbaik dapat dihasilkan apabila pundi kencing anda penuh. Oleh itu anda akan diminta untuk minum lebih banyak cecair sebelum prosedur ini dijalankan. Ini dilakukan di peringkat awal kehamilan. Di akhir kehamilan anda, rahim akan menonjol keluar dari rerongga pelvis dan anda tidak lagi perlu mengisi pundi kencing sebegitu banyak. Prosedur ini akan mengambil masa antara 5 minit hingga setengah jam, bergantung kepada bentuk pengimbas. Bagaimanakah ibu mengandung yang berisiko dapat dikenalpasti?
Jagaan ibu mengandung yang berkala dan tekal seharusnya dapat mengenalpasti mana-mana ibu hamil yang berisiko.
Faktor risiko selalunya dikaitkan dengan:
• Umur dan pariti (jumlah anak yang berjaya dilahirkan hidup).
• Faktor yang menunjukkan umur janin yang tidak pasti.
• Faktor-faktor yang terdapat pada sejarah kehamilan masa lalu yang ada kaitannya dengan kematian janin dan penyakit-penyakit tertentu.
• Masalah-masalah kesihatan ibu mengandung seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit buah pinggang, masalah jantung yang boleh memberi kesan buruk kepada kehamilan. Pada masa yang sama meletakkan ibu berkenaan dalam ketegori mereka yang berisiko tinggi.
Bagi ibu-ibu yang berisiko tinggi ini jagaan semasa mengandung perlu dikongsi bersama dengan doktor swasta ataupun hanya diletakkan di bawah jagaan pakar-pakar dalam satu pasukan di hospital.
Apakah yang dilakukan semasa lawatan susulan semasa mengandung?
Di setiap lawatan:
• Pesakit akan ditanya mengenai keadaan kesihatan amnya terutamanya mengenai selera makan, loya, muntah, mabuk hamil, masalah usus yang berkaitan, kesakitan dalam abdomen atau pendarahan melalui faraj.
• Pesakit akan ditimbang. Puratanya berat badan seorang ibu mengandung harus meningkat pada kadar 0.5 kg setiap minggu antara minggu ke 15 hingga minggu ke 38.
• Tekanan darah akan diambil setiap kali lawatan. Hanya bacaan sebelum minggu ke 12 sahaja yang memberi garis dasar tekanan darah yang betul.
• Kaki dan buku lali akan diperiksa untuk melihat sama wujudnya sembab (bengkak) ataupun tidak yang selalunya disebabkan oleh pembendungan air dan garam. Ini juga menunjukkan adanya masalah lain yang lebih serius seperti penyakit jantung atau buah pinggang, Praeklampsia atau Anemia yang teruk.
Ujian-ujian yang dilakukan secara rutin di setiap lawatan ialah:
• Sampel air kencing - ujian batang celup selalunya digunakan untuk mengesan bahan protein dan gula dalam air kencing. Jika terdapatnya bahan protein yang berterusan dalam air kencing atau jika pesakit menunjukkan gejala jangkitan saluran kencing, sampel air kencing yang di tengah-tengah akan diambil untuk pemeriksaan kultur.
• Paras hemoglobin juga akan diperiksa setiap bulan. Ibu mengandung digalakkan mengambil pil zat besi dan asid folik tambahan. Bagi ibu yang memiliki paras hemoglobin kurang dari 10 gml perlu disiasat lebih lanjut dengan menjalani pemeriksaan gambaran darah lengkap, air kencing untuk kultur dan najis untuk ujian ova dan sista.
• Ibu mengandung yang negatif Rhesus (D) tanpa antibodi pada lawatan pertama mereka perlu diuji sekali lagi pada minggu ke 28 dan minggu ke 34 - 38. Jika antibodi Rhesus dikesan pada lawatan yang pertama atau berlaku ketika hamil, ujian-ujian antibodi seterusnya perlu dilakukan lebih kerap dan diberi rawatan yang sepatutnya. Mereka juga perlu dirujuk kepada doktor pakar.
Apakah harapan ibu mengandung ke atas khidmat jagaan semasa mengandung selepas 28 minggu kehamilan?
Apabila kehamilan itu meningkat, beberapa perkara menjadi semakin penting. Antaranya ialah:
• Penambahan berat badan merupakan petanda keseluruhan kesejahteraan ibu dan bayi dalam kandungannya.
• Saringan untuk mengesan Praeklampsia (tekanan darah tinggi semasa mengandung) kerana keadaan ini boleh membawa komplikasi yang serius kepada ibu dan kandungannya. Kewujudan protein, walaupun sedikit, dalam air kencing (Proteinuria) adalah satu petanda yang penting.
• Pengukuran ketinggian fundus boleh digunakan sebagai panduan untuk menentukan saiz janin dan tumbesarannya.
• Palpitasi rahim boleh diguna untuk menentukan:
o Kedudukan janin (kekaitan paksi membujur janin dengan ibunya). Perubahan pada kedudukan adalah perkara biasa selepas minggu ke 32 bagi wanita yang mengandung kali pertama dan selepas minggu 36 bagi ibu yang telah biasa mengandung.
o Presentasi janin seperti songsang.
o Engagemen (apabila kedudukan janin telah menurun ke bahagian pelvis) janin ketika lawatan susulan.
o Rahim lebih besar dari tarikhnya dan juga sama ada terdapat lebih dari satu janin. Ini boleh dipastikan melalui pengimbasan ultrasound.
• Penilaian pergerakan janin boleh digunakan sebagai panduan kasar untuk menentukan keadaan kesihatan janin. Carta gerakan janin atau carta tendangan selalunya digunakan oleh ibu-ibu untuk memantau gerakan janin mereka sendiri. Ibu-ibu boleh mula menggunanya selepas minggu ke 34.
• Pemeriksaan ultrasound yang bersiri perlu dilakukan untuk ibu yang berisiko tinggi seperti mereka yang menghadapi masalah perubatan untuk memantau tumbesaran janin mereka.
• Sebarang pendarahan selepas 28 minggu kehamilan perlu diberi perhatian yang serius dan perlu disiasat untuk memastikan puncanya. Penyebab pendarahan yang berlaku dalam semester ketiga adalah termasuk plasenta previa dan abrupsi plasenta (pautkan ke topik berkenaan). Kedua-dua masalah ini memerlukan rujukan segera kepada pakar untuk rawatan selanjutnya.
Apakah yang diharapkan dari jagaan ibu mengandung ini?
Kebanyakan ibu akan melalui satu pengalaman kehamilan yang tidak menarik. Jika timbulnya masalah yang membahayakan ibu dan kandungannya, kelahiran awal adalah disyorkan. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan adanya kemudahan pediatrik sebagai khidmat sokongan. Jika boleh, adakan kemudahan unit jagaan intensif untuk neonatal atau kemudahan nurseri jagaan khas bagi menampung keperluan ibu-ibu mengandung yang berisiko tinggi untuk bersalin.
OK kita sambung dilain keluaran.......(8)

Rabu, 21 Mei 2008

Jagaan semasa mengandung


Apakah itu jagaan semasa mengandung?

Jagaan semasa mengandung merupakan khidmat yang diberi kepada ibu mengandung sebaik sahaja ia disahkan hamil. Khidmat tersebut meliputi lawatan berjadual secara berkala ke klinik ibu mengandung, penilaian berterusan ke atas tumbesaran janin dan mengenalpasti faktor-faktor risiko yang mungkin wujud di kalangan ibu tersebut. Pengurusan seterusnya adalah sangat penting di samping memberi pendidikan dan nasihat kepada ibu serta keluarganya.
Jagaan ini akan berterusan sehinggalah ibu bersalin.

Apakah tujuan jagaan semasa mengandung?

Tujuannya adalah untuk memastikan ibu dan bayi yang dikandung itu sentiasa berada dalam keadaan sihat. Ini dilakukan dengan memantau kehamilan dan merawat segala masalah yang timbul. Jagaan semasa mengandung yang anda akan terima mungkin dianggap membebankan tetapi ia adalah untuk kebaikan anda bagi mengenalpasti masalah di peringkat lebih awal. Oleh yang demikian, adalah perlu bagi anda untuk membuat lawatan secara berkala seperti yang dinasihatkan. Pemeriksaan yang dibuat secara tekal akan menghasilkan satu kehamilan yang sihat dan menjamin kelahiran yang selamat.

Siapakah yang memberi khidmat ini?

Bagi kebanyakan ibu, adalah lebih senang jika jagaan ini diberikan oleh doktor keluarga dan pihak hospital. Bagi ibu-ibu yang mempunyai faktor risiko yang minima, seorang doktor, jururawat atau bidan sudah cukup untuk memberi sebahagian besar dari khidmat jagaan ini. Di Malaysia, jagaan semasa mengandung asas diberi oleh:
• Jururawat Masyarakat yang ditempatkan di klinik masyarakat.
• Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak yang dianggotai oleh jururawat kesihatan/ jururawat terlatih dan jururawat masyarakat/bidan.
• Doktor, jururawat dan bidan di klinik-klinik pakar Obstetrik dan Ginekologi di hospital-hospital.
• Klinik-klinik doktor swasta.
• Klinik pakar swasta.
• Hospital bersalin swasta.

Apakah jagaan sebelum mengandung?

Jagaan sebelum mengandung merupakan jagaan yang diberi kepada wanita-wanita yang bakal menjadi ibu yang merancang untuk hamil di masa akan datang. Taraf kesihatan am bakal-bakal ibu ini boleh diperiksa dan usaha-usaha akan dilakukan untuk menstabilkan pengurusan sesuatu masalah yang wujud seperti diabetes, tekanan darah tinggi, masalah buah pinggang, paru-paru atau masalah-masalah neurologi yang kronik. Implikasi atau kesan masalah-masalah ini semasa hamil ke atas ibu dan bayi akan dibincangkan kemudian. Keimunan atau ketahanan terhadap demam cacar air atau rubella, kesan bahaya dari pengambilan bahan-bahan tertentu seperti rokok, alkohol perlu diubahsuai. Terapi ubat-ubat tertentu mungkin perlu diubah atau dihentikan buat sementara waktu ketika hamil. Pada umumnya, jagaan sebelum mengandung perlu meliputi:
• Suntikan.
• Kaunseling genetik.
• Pengurusan beberapa masalah perubatan.
• Nasihat mengenai makanan atau diet.
• Nasihat mengenai dadah, alkohol dan merokok.
• Pengambilan pil perancang keluarga atau Kontraseptik.
• Nasihat mengenai kehamilan di masa hadapan.
• Pendidikan kesihatan untuk kehamilan.

Lawatan semasa mengandung yang pertama

Jika ujian kehamilan anda positif, doktor atau jururawat anda akan memeriksa dan menasihatkan sewajarnya. Pada lawatan permulaan, sejarah atau latar belakang anda akan diambil sepenuhnya. Pemeriksaan fizikal akan dilakukan. Beberapa pemeriksaan asas yang rutin akan dibuat. Dari sejarah yang diambil beberapa perkara berikut akan dijalankan:
• Pengiraan jangkaan tarikh kelahiran (EDD) akan dibuat. Bagi wanita yang mempunyai perjalanan haid yang tekal, pengiraan ini adalah berdasarkan kepada kedatangan haid yang terakhir. Anda perlu menyimpan diari kedatangan haid anda dan bawanya ke klinik ketika membuat lawatan yang pertama nanti. Ini sangat penting terutamanya jika kedatangan haid yang tidak menentu.
• Sejarah kehamilan sekarang seperti muntah, kesakitan atau pendarahan.
• Sejarah sakit puan (obstetrik) yang lalu yang penting, seperti:
o Tarikh dan tempat bersalin yang lepas.
o Jangka masa kehamilan, berat anak yang lahir (adakah bayi tersebut dilahirkan pramatang atau beratnya kurang dari 4 kg?)
o Kesan-kesan ke atas janin (adakah bayi yang dilahirkan itu hidup atau dilahirkan mati?
o Permulaan dan jangka masa pelahiran.
o Jenis kelahiran (adakah ia kelahiran normal, songsang, forseps, vakum atau Ceasarean?).
o Komplikasi-komplikasi yang berkaitan seperti penyakit tekanan darah tinggi, pendarahan postpartum (pendarahan selepas bersalin).
o Komplikasi pelahiran dan selepas bersalin.
o Jenis penyusuan yang diberi.
• Sejarah keluarga yang menghidap Diabetes, Tekanan Darah Tinggi atau Tibi
• Kewujudan masalah-masalah perubatan sebelum ini.
• Sejarah pembedahan yang lalu terutamanya yang melibatkan pangkal rahim atau pernah mengalami D&C (Pendilatan dan Pengkuretan) sebelum ini.
• Sejarah sosial - seperti merokok, pengambilan dadah (yang diberikan oleh doktor atau yang disalahgunakan) dan alkohol.
Apakah yang dilakukan ketika pemeriksaan fizikal?
Pemeriksaan fizikal selalunya dilakukan oleh doktor atau jururawat semasa lawatan pertama dibuat. Ketinggian, berat badan dan tekanan darah ibu akan diambil. Sebarang bentuk keabnormalan akan direkodkan dan jantung, paru-paru serta payudara akan diperiksa. Pemeriksaan-pemeriksaan lain yang akan dijalankan adalah termasuk pemeriksaan gigi dan gusi kerana penyakit gigi dan gusi ini adalah biasa dan kemungkinan jagaan lanjut diperlukan.
Abdomen dan pelvis juga akan diperiksa untuk menentukan saiz rahim. Pemeriksaan menggunakan spekulum perlu dijalankan untuk mengambil calitan pangkal rahim bersama swab faraj bagi memeriksa kewujudan sebarang jangkitan. Beberapa perkara akan dilakukan di klinik, seperti:
• Pemeriksaan tekanan darah - peningkatan tekanan darah merupakan satu dari tanda-tanda tekanan darah tinggi ketika hamil. Ini adalah satu masalah yang serius.
• Ujian air kencing untuk mengesan bahan protein (merupakan tanda praeklampsia) gula, nanah, darah dan lain-lain. Diabetes adalah perkara yang sangat biasa berlaku ketika hamil. Kewujudan gula dalam air kencing merupakan tanda pertama masalah ini.
• Berat badan - berat badan yang berlebihan mungkin disebabkan pengumpulan lemak atau cecair. Kurang penambahan berat badan mungkin menandakan bayi dalam kandungan tidak mendapat zat makanan atau nutrien yang cukup.
• Memeriksa perut - pemeriksaan abdomen dibuat untuk menentukan kedudukan bayi dalam kandungan; sama ada normal ataupun songsang. Periksa kedudukan kepala, sama ada ianya masih bebas atau telah "engage". Memeriksa saiz rahim untuk memastikan sama ada ia membesar mengikut tarikhnya ataupun tidak. Ini dapat dipastikan melalui palpitasi atau menggunakan pita ukuran untuk mengukur lilitan perut.
• Ujian-ujian darah.
• Pemeriksaan ultrasound.
Apakah pemeriksaan yang lazimnya dilakukan pada kali pertama melawat klinik?
Antaranya termasuklah:
• Anggaran paras hemoglobin - untuk menentukan anemia.
• Kumpulan jenis darah ABO dan Rhesus - adalah penting untuk mengenalpasti ibu yang mempunyai negatif Rhesusnya lebih awal bagi membolehkan mereka menerima anti-D globulin (rhogam) berikutan dari sesuatu keguguran, penamatan atau menjalani sesuatu prosedur yang invasif seperti Amniocentesis. Penyerasian silang darah pesakit juga dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya pesakit menghadapi pendarahan yang teruk dan memerlukan pemindahan darah.
• Ujian serologi untuk penyakit sifilis dan VDRL (Veneral Disease Research Laboratories) - ibu yang seropositif untuk penyakit Sifilis perlu dirujuk ke klinik pakar Venerologi supaya rawatan awal boleh diberikan.
• Ujian Serologi untuk Hepatitis B - ujian ini bukanlah rutin tetapi hanya dilakukan untuk ibu mengandung yang disyorkan sahaja. Bagi pembawa Hepatitis B yang positif, anggota kesihatan yang melakukan pemeriksaan dan kelahiran ibu tersebut perlu lebih berhati-hati.
• Di sesetengah klinik ujian saringan untuk HIV juga diljalankan.
Apakah tujuan melakukan saringan ultrasound semasa mengandung?
Di Malaysia, pemeriksaan ultrasound bukanlah sesuatu yang rutin dilakukan untuk semua ibu mengandung. Di tempat-tempat yang memiliki kemudahan ini, ia sangat baik jika dilakukan di trimester pertama dan pada minggu yang ke 18. Kemudian diulang, mungkin di minggu ke 34 untuk melihat tumbesaran janin dan kedudukan uri.
• Ia dilakukan apabila tarikh kedatangan haid yang terakhir tidak diketahui dan juga di kalangan pesakit yang kedatangan haidnya tidak menentu.
Tujuan ultrasound ialah:
• Dilakukan di awal kehamilan untuk mendapat maklumat berhubung dengan jumlah janin, kebolehhidupannya dan untuk menentukan umur janin dengan tepat.
• Ia membantu mendiagnoskan komplikasi kehamilan lebih awal, seperti pengguguran tertinggal, kehamilan Ektopik dan kehamilan Molar.
• Ia membantu mendiagnoskan keadaan janin seperti Anensefali, Spina Bifida dan keabnormalan kromosom seperti Sindrom Down. Juga mengesan masalah yang mungkin wujud di penghujung kehamilan seperti Plasenta Previa juga boleh didiagnoskan.
• Pengimbasan awal boleh membantu menentukan jangkaan tarikh kelahiran.
Bagaimanakah ultrasound ini dilakukan?
Prosedur ini tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Anda hanya perlu berbaring di atas kerusi panjang dan gel ultrasound akan disapukan ke perut anda supaya imej bayi anda akan dapat dilihat dengan jelas. Gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi akan dihasilkan oleh kuar ultrasound dan ia digunakan untuk menghasilkan gambar bayi. Anda akan dapat melihatnya di skrin. Gambar yang terbaik dapat dihasilkan apabila pundi kencing anda penuh. Oleh itu anda akan diminta untuk minum lebih banyak cecair sebelum prosedur ini dijalankan. Ini dilakukan di peringkat awal kehamilan. Di akhir kehamilan anda, rahim akan menonjol keluar dari rerongga pelvis dan anda tidak lagi perlu mengisi pundi kencing sebegitu banyak. Prosedur ini akan mengambil masa antara 5 minit hingga setengah jam, bergantung kepada bentuk pengimbas. Bagaimanakah ibu mengandung yang berisiko dapat dikenalpasti?
Jagaan ibu mengandung yang berkala dan tekal seharusnya dapat mengenalpasti mana-mana ibu hamil yang berisiko.
Faktor risiko selalunya dikaitkan dengan:
• Umur dan pariti (jumlah anak yang berjaya dilahirkan hidup).
• Faktor yang menunjukkan umur janin yang tidak pasti.
• Faktor-faktor yang terdapat pada sejarah kehamilan masa lalu yang ada kaitannya dengan kematian janin dan penyakit-penyakit tertentu.
• Masalah-masalah kesihatan ibu mengandung seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit buah pinggang, masalah jantung yang boleh memberi kesan buruk kepada kehamilan. Pada masa yang sama meletakkan ibu berkenaan dalam ketegori mereka yang berisiko tinggi.
SAMBUNG.........TUNGGUUU... (5)

Isnin, 12 Mei 2008

Kolestrol Darah

Kolesterol darah yang tinggi merupakan satu keadaan di mana tahap kolesterol dalam darah meningkat tinggi. Lazimnya, badan kita akan mengimbangi kolesterol yang diperolehi dari makanan supaya apabila terlalu banyak kolesterol dihasilkan dari makanan, organ hati akan mengurangkannya. Tetapi jika kita mempunyai berlebihan berat badan atau memakan makanan yang tinggi lemak, maka badan kita tidak lagi mampu mengimbanginya. Bila ini terjadi, paras kolesterol darah akan meningkat.

Faktor risiko penyakit jantung yang lain

  • Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung

  • Tekanan darah tinggi

  • Merokok

  • Diabetes

  • Kegemukan (berlebihan berat badan)

  • Gaya hidup yang sedentari

Jika anda memiliki satu atau lebih dari faktor di atas, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan kolesterol darah anda.

(Jumlah paras kolesterol yang disyorkan : di bawah 200mg/dl atau di bawah 5.5mmol/L dengan paras kolesterol LDL kurang dari 130 mg/dl dan paras kolesterol HDL lebih dari 35 mg/dl (#1.6 mmol/L). Pada kebiasaannya kaum wanita yang masih mengalami haid mempunyai HDL lebih tinggi dari kaum lelaki. Jadi untuk kaum wanita, paras HDL yang melebihi 55 mg/dl adalah baik dan disyorkan. Jumlah paras kolesterol yang melebihi 200 hingga 220 mg/dl selalunya dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.

RISIKO

Paras kolesterol yang tinggi boleh meningkatkan risiko saluran darah tersumbat yang boleh mengakibatkan:

  • Serangan jantung

  • Angin ahmar (strok)

  • Serangan sakit dada atau angina

  • Tekanan darah tinggi

  • Kegagalan buah pinggang

Pengurusan sendiri

Pendekatan bukan-farmakologi

  • Penurunan berat badan- bersenam secara tekal (tetap dan berterusan) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk 30 minit bagi setiap sesi. Berat badan hendaklah diturunkan tidak melebihi 0.5-1.0 kg setiap minggu. Indeks Jisim Badan yang disyorkan ialah antara 18.5 - <>

  • Berhenti merokok

  • Pengambilan alkohol yang berlebihan akan meningkatkan paras trigliserida plasma. Walau bagaimanapun, meminum alkohol secara sederhana dikaitkan dengan peningkatan paras kolesterol HDL (tidak melebihi 21 unit untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita) (1 unit alkohol adalah bersamaan dengan = pain bir, 1 gelas wain atau = 'peg spirit')

  • Pengubahsuaian diet-cara mengurangkan lemak dalam makanan adalah seperti berikut:

    • Kurangkan pengambilan keseluruhan lemak dalam makanan kepada 30% atau kurang dari jumlah kalori.

    • Kurangkan pemgambilan lemak tepu kepada 10% kurang dari jumlah kalori.

    • Kurangkan pengambilan kolesterol kepada kurang dari 300 mg sehari.

Petua

  • Tanggalkan kulit dari daging ayam sebelum dimakan.

  • Elakkan dari menambah kicap atau lain-lain sos, minyak, mayonis, krim atau mentega ke dalam makanan anda.

  • Pilih lebih banyak ikan atau bahan makanan laut yang lain untuk dimakan

  • Buangkan segala lemak yang ternampak pada daging

  • Jangan menggoreng dalam minyak yang banyak. Gunakan teknik kacau-goreng.

  • Memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

  • Memakan lebih banyak roti dan bijirin. Elak dari mengambil roti bulan sabit (croissants), biskut, pastri dan kuih-muih yang manis dan berminyak.

Gunakan Garis Panduan Diet Malaysia untuk merancang diet anda. Keperluan kalori bagi setiap individu adalah seperti di bawah:

Pengambilan kalori
Pengambilan lemak
Jika anda wanita yang sedentari atau warga tua.
1,600 kalori
36  53 gram
Bagi wanita yang aktif, kanak-kanak atau remaja belasan tahun
Sekurang-kurangnya 2,000 kalori
44  67 gram
Lelaki yang aktif atau remaja
Sekurang-kurangnya 2,400 kalori
53  80 gram

Catatan: panduan ini adalah untuk individu yang sihat. Jika anda mempunyai kolesterol darah yang tinggi atau berlebihan berat badan, had pengambilan lemak akan ditentukan oleh Pegawai Jenis Makanan atau Pegawai Pemakanan anda.

Berapa banyakkah yang dikatakan banyak?

Untuk mengira berapa jumlah gram lemak yang dibenarkan dalam makanan anda, anda perlu mengira jumlah kalori yang anda makan dalam sehari. Kemudiannya bahagikan dengan 30 (30% dari jumlah keseluruhan kalori : 9 kalori bagi setiap gram lemak).

Jumlah gram lemak yangdibenarkan =

Contohnya:Untuk diet 2000 kalori jumlah maksima lemak yang dibenarkan ialah:

Jumlah kalori diet / 30

2000 / 30 = 67 gram lemak sehari

Kandungan lemak dalan makanan biasa

Jenis Makanan

Gram lemak Untuk setiap sajian

% kalori dari lemak

Makanan tinggi lemak

Hamburger saiz biasa

11.8

39

Hot dog

14.5

54

Kentang goreng,

20-25 keping ( saiz biasa yang digoreng dengan minyak sayuran)

12.2 47

Keropok kentang 1 aun

10.1

61

Mentega/majerin, I sudu teh

4

94

Sos salad (Thousand island)- 2 sudu makan

11.1

85

Kek keju (cheesecake)

16.3

57

Makanan rendah lemak

Kacang hijau- direbus = cawan

0.2

9

Roti - 1 keping

1.1

16

Oatmeal- 1 cawan

2.4

15

Buah epal- I biji

0.5

6

Ubi kentang- 1 biji dipanggang

0.2

1

Jumaat, 9 Mei 2008

TERCEKIK ATAU CEKIKAN

Jika seseorang mengalami cekikan, mereka selalunya akan mudah panik. Keadaan ini akan menjadi bertambah sulit jika anda juga menjadi panik. Adalah penting anda bertenang dan ikutilah arahan di bawah. Pengurusan/pengendalian kanak-kanak yang menghadapi masalah cekikan bergantung kepada saiz tubuh mereka.
Mengendalikan masalah cekikan di kalangan orang dewasa/kanak-kanak dengan ketinggian melebihi 1.2 meter
Sekiranya mangsa berada dalam keadaan sedar:
1. Bercakap dengan mangsa
Jika mangsa boleh menjawab, bermakna dia dapat menggerakkan udara di dalam salur pernafasannya (boleh bernafas). Galakkan mangsa untuk batuk. Jika mereka berupaya batuk dengan kuat, tunggu dan awasi sahaja keadaan mangsa..
2. Lakukan sesuatu jika:
• Mangsa tidak dapat menjawab.
• Anda berpendapat bahawa tiada udara mengalir keluar dan masuk ke dalam salur pernafasannya (mangsa tidak bernafas).
• Mangsa hilang keupayaan untuk batuk dengan kuat.
Tindakan yang boleh dilakukan
Untuk mangsa yang sedang berdiri:
Berdiri di belakang mangsa. Letakkan sebelah tangan anda di atas genggaman tangan yang sebelah lagi di tengah-tengah badan mangsa iaitu betul-betul di bawah hujung tulang dada. Sekiranya mangsa terlalu tinggi, baringkan mereka di atas permukaan yang rata. Lakukan tekanan dengan cepat dan padu ke dada mangsa ke dalam dan ke atas. Lakukan sehingga benda yang tersekat itu terkeluar dari tekak.
Bagi mangsa yang terbaring di atas lantai:
Telentangkan mangsa di atas permukaan yang rata dan keras. Duduk melutut dengan mangsa berada di tengah-tengah. Letakkan pangkal sebelah tangan anda di tengah abdomen mangsa (di bawah tulang dada) dengan tangan yang sebelah lagi menekan di atasnya. Kemudian lakukan tekanan dengan cepat dan padu ke dada mangsa dengan membongkok sedikit ke hadapan.
Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri:
1. Periksa laluan udaranya (salur pernafasan)
• Buka mulut mangsa dengan memegang rahang bawah dan lidah dan menolaknya ke bawah.
• Jika anda dapat melihat sesuatu, masukkan jari anda di satu sisi tekak dan dengan menggerakkan jari anda ke sisi satu lagi, cuba mengorek keluar benda yang tersekat itu.
• Jika mangsa tidak bernafas dengan spontan walaupun anda berjaya mengeluarkan benda yang tersekat, berikan 2 hembusan nafas yang cepat melalui kaedah pernafasan mulut ke mulut.
• Jika dada mangsa tidak bergerak naik, hembusan nafas yang anda berikan seperti terhalang oleh sesuatu dalam salur pernafasan mangsa atau anda tidak berjaya mengeluarkan benda yang tersekat di tekak, anda perlu bertindak segera.
Tindakan anda
• Baringkan mangsa melentang. Duduk melutut merentang dengan mangsa berada di tengah-tengah. Letakkan tapak sebelah tangan anda di bahagian bawah tulang dada dengan tangan satu lagi di atasnya.
• Dengan membongkok ke hadapan, tekan abdomen mangsa dengan cepat dan padu beberapa kali.
Mengendalikan masalah cekikan di kalangan orang dewasa/kanak-kanak dengan ketinggian kurang dari 1.2 meter
1. Sekiranya kanak-kanak dalam keadaan sedar:
Perhatikan bayi/kanak-kanak berkenaan: Jika mereka tidak bernafas, tidak boleh menangis atau batuk dengan kuat, terus ke langkah 2.
2. Jika kanak-kanak tidak sedarkan diri:
• Periksa saluran udara mangsa.
• Buka mulut mangsa dengan memegang rahang bawah dan lidah dan menolaknya ke bawah.
• Jika anda terlihat objek yang tersekat, masukkan jari anda di satu sisi tekak dan dengan menggerakkan jari anda ke sisi satu lagi, cuba mengorek keluar benda yang tersekat itu.
• Jika mangsa tidak bernafas dengan spontan walaupun anda berjaya mengeluarkan benda yang tersekat, berikan 2 hembusan nafas yang cepat melalui kaedah pernafasan mulut ke mulut.
• Jika dada mangsa tidak bergerak naik, hembusan nafas yang anda berikan seperti terhalang oleh sesuatu dalam salur pernafasan mangsa atau anda tidak berjaya mengeluarkan benda yang tersekat di tekak, terus ke langkah 2.
3. Kedudukan menelungkup/meniarap
Letakkan bayi/kanak-kanak dalam keadaan meniarap. Ampu kepala dan badannya di atas lengan anda. (Anda perlu duduk untuk memudahkan proses ini).
4. Teknik tepukan belakang
Tepuk belakang bayi/kanak-kanak dengan cepat dan padu menggunakan dasar tapak tangan, di bahagian antara tulang kipasnya sebanyak 4 kali.
5. Telentangkan bayi/kanak-kanak
Pusingkan bayi supaya menelentang dengan mukanya memandang ke atas. Ampu kepala dan badannya di atas lengan anda. (Anda perlu duduk untuk memudahkan proses ini).
6. Teknik lonjakan dada
Dengan menggunakan 2 jari, tekan tulang dada bayi/kanak-kanak sebanyak 4 kali dengan cepat.
7. Teruskan langkah 2-5 sehingga objek yang tersekat dapat dikeluarkan.
INGAT.....
• Jangan panik. Bertenanglah dan ikuti arahan yang dinyatakan di atas. Jika anda gagal mengeluarkan objek yang tersekat, dapatkan rawatan kecemasan segera di hospital

Rabu, 7 Mei 2008

BUASIR


Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.
Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran

• Buasir Dalaman:

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

• Buasir Luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

PENYEBAB UTAMANYA

• Sentiasa duduk
• Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
• Cirit-birit
• Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
• Batuk yang teruk
. Bersalin
• Mengangkat berat

PENCEGAHAN
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
• Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
• Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
• Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
• Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

RAWATAN

Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.
• Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas.
• Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ianya tidak boleh mengecutkan buasir.
• Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna.
• Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.
• Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda.
• Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.
• Koagulasi Inframerah- sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
• Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.
• Terapi laser- pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ianya perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.
Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit .
terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain.
BILAKAH ANDA PERLU BERJUMPA DOKTOR?
Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.
PENGURUSAN SENDIRI
• Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
• Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
• Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
• Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
• Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.
Pencegahan adalah memberi lebih makna kepada anda dari mengubati.

Khamis, 1 Mei 2008

Buah Pinggang dan Anda

Proses metabolisma di dalam badan berlaku setiap masa. Melalui proses ini, badan akan menyerap segala nutrien yang diperlukan dan mengeluarkan sisa-sisa / toksin yang tidak diperlukan. Buah pinggang berfungsi untuk membantu mengeluarkan sisa-sisa ini melalui pembuangan air kencing dan peluh yang bertujuan mengimbangkan kandungan air, elektrolit nuklear dan keseimbangan pH dalam badan.

Mengamalkan minum air kosong dengan kuantiti yang banyak (8 gelas) setiap hari sebenarnya dapat membantu badan mengeluarkan sisa-sisa yang dihasilkan daripada proses metabolisma, mengurangkan keracunan dalam badan dan secara tidak langsung dapat menghindari daripada serangan sakit buah pinggang. Kadar proses metabolisma di dalam badan akan meningkat / lebih aktif sekiranya kita sakit / demam, maka semakin bertambahlah bahan-bahan sisa dan racun-racun dalam badan yang perlu dikeluarkan. Oleh itu, disarankan supaya kita banyakkan mengambil air kosong bagi memudahkan proses perkumuhan.

Kebiasaannya, sakit buah pinggang hanya dapat dikesan ketika dalam keadaan yang telah kritikal. Kenapalah ini boleh berlaku? Sebenarnya, terdapat simptom-simptom tertentu yang menunjukkan buah pinggang seseorang itu bermasalah, namun ianya kurang dititikberatkan kerana tiada kesan luar biasa yang berlaku.

Tanda-tanda Awal Masalah Buah Pinggang?

Bengkak air
Bengkak air dapat dikesan sekirang berlaku kebengkakkan pada bahagian mata dan muka. Kebengkakkan ini hanya berlaku pada sebelah pagi dan kembali normal di sebelah petang. Selain itu, sekiranya seseorang itu berada dalam situasi kepenatan, kebengkakkan ini juga akan bertambah. Bengkak air yang serius akan menunjukkan kesan dimana-mana bahagian pinggang hingga ke kaki seperti kebengkakkan di buku lali.

Bengkak air yang berpunca daripada penyakit ginjal akan menunjukkan kesan bengkak di sekeliling mata dan muka pada waktu pagi dan waktu petang ia akan kembali baik. Bengkak air yang teruk akan menyebabkan bengkak dan sakit pada tumit kaki dalaman, kaki dan pinggang.

Keratan Buah PinggangTekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi yang berpunca daripada masalah buah pinggang adalah sama dengan tekanan darah tinggi yang berpunca daripada penyakit lain. Ia mengakibatkan sakit kepala, pening, rabun dan berdengung di telingga.

Pemeriksaan tekanan darah secara berkala atau kerap penting untuk memastikan tekanan darah berada di dalam keadaan normal. Ramai orang mengabaikan pemeriksaan ini disebabkan mereka telah lali dengan simptom-simptom seperti di atas dan tidak mengambil tindakan selanjutnya.

Sakit pinggang
Seringkali menghadapi masalah kesakitan di bahagian pinggang secara berkala ataupun berterusan.

Kencing terlalu banyak atau terlalu sedikit
Kuantiti air kencing orang normal adalah antara 1000ml - 2000ml setiap hari dengan puratanya 1500ml setiap hari. Tidak kiralah banyak atau sedikit kencing, ia kemungkinan tanda-tanda masalah buah pinggang. Perlu diambil perhatian, sekiranya seseorang itu kerap membuang air kecil di sebelah malam.

Keputusan ujian air kencing yang tak normal
Sekiranya setelah menjalani pemeriksaan air kencing, ujian mendapati terdapat unsur protein, sel merah, sel putih, bentuk organ dan glukosa di dalam air kencing, seseorang itu dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut.

Jangan sehingga sudah terhantuk baru terngadah..rajinlah berjumpa doktor jika ada simptom luarbiasa berlaku dibahagian belakang tubuh anda dan paras pinggang anda.


Ahad, 20 April 2008

SUKAR TIDUR


Tidur merupakan aktiviti paling penting untuk merehatkan minda. Fungsi tidur ialah memberi peluang kepada badan untuk berehat, memudahkan proses membina semula tenaga, mengukuhkan daya intelek dan meningkatkan ketahanan sistem imunisasi. Tidur yang cukup menunjukkan seseorang akan berasa lebih bertenaga ketika bangun pagi. Tempoh masa tidur bagi seseorang bergantung kepada individu tersebut. Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang meningkat.

Namun begitu, sesetengah individu mungkin pernah mengalami kesukaran untuk tidur. Insomnia ialah satu keadaan di mana seseorang berasa sukar untuk tidur dengan nyenyak atau berasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur lama. Pesakit insomnia akan menjadi kurang aktif dan kurang bertenaga pada siang hari. Imsomnia boleh dikelaskan kepada insomnia sementara, jangka pendek atau kronik bergantung kepada berapa lama tidur itu terganggu.

Tanda-tanda dan gejala insomnia :

  • Sukar untuk tidur
  • Terjaga beberapa kali di waktu malam dan mempunyai masalah untuk tidur semula
  • Bangun terlalu awal di waktu pagi
  • Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya insomnia :

  • Tekanan (mungkin masalah kewangan atau masalah kerja)
  • Pergaduhan suami isteri
  • Penceraian
  • Kehilangan orang yang dikasihi
  • Berpindah ke tempat baru
  • Kekurangan zat makanan
  • Sakit
  • Masa tidur yang tidak teratur

Cara mengatasi insomnia :

  • Elakkan meminum minuman berolkohol atau merokok
  • Elakkan tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
  • Elakkan membawa masalah ke tempat tidur
  • Jangan memaksa diri untuk tidur
  • Amalkan mandi menggunakan air suam
  • Cuba membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan ringan seperti majalah
  • Dengar muzik yang boleh menenangkan fikiran
  • Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama tanpa mengira waktu anda tidur
  • Semak semula preskripsi dan ubat-ubatan yang anda ambil dengan ahli farmasi anda

Amalkan gaya hidup sihat. Jumpa lagi…

Jumaat, 18 April 2008

JANTUNG

Jantung merupakan organ unik dan terpenting dalam tubuh kita.Perjalanan degupan yang tak henti-henti selagi nyawa masih ada.Kita juga harus awas sebab perjalanan senyap ini ada masanya buat kita tiba-tiba tersentak diatas ganguan tertentu yang kita boleh panggil "Serangan jantung".Kita tidak mengetahui bilakah serangan jantung akan terjadi. Dengan sedikit pengetahuan, kita dapat memahaminya dan menyelamatkan nyawa.

Serangan jantung datang tiba-tiba tanpa diduga. Kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat serangan penyakit ini. Kita boleh mengurangkan kemungkinan serangan jantung dengan mengetahui cara menjaga kesihatan jantung.

faktorrisiko.jpg

Sukatan BMI

Panduan

Panduan Jaga Jantung

Tips Menjaga Kesihatan Jantung :

  • mendapat rawatan awal tekanan darah tinggi
  • tidak merokok
  • belajar hidup tenang
  • mengawal penyakit kencing manis
Jantung Teruslah Berdegup
  • Jantung merupakan anggota badan yang bekerja untuk mengepam darah.
  • Serangan jantung berlaku apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup ATAU terputus sama sekali.

AWAS! Bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah yang cukup akan menyebabkan mangsa merasa “sakit dada”

Tahukah Anda? Bekalan darah ke otot jantung tidak cukup kerana….

Serangan JantungDinding sebelah dalam saluran darah telah dipenuhi lemak. Akibatnya saluran darah menjadi sempit dan menyekat pengaliran darah ke jantung.

Tanda-tanda Serangan Jantung

  • rasa sakit yang menyucuk di bahagian sebelah kiri. (rasa sakit mungkin akan merebak ke bahagian bahu, tangan atau tengkok)
  • mangsa mungkin merasa sesak nafas dan keletihan
  • badan berpeluh dan kadang-kadang terasa loya
  • mangsa boleh pengsan

Tanda-tanda serangan jantung berlaku, lebih daripada 15 minit. Ia akan berkurangan atau berhenti seketika dan berulang semula.

Mencegah Serangan Jantung

Jantung kita, tiada duanya. Kurangkan kemungkinan mendapat serangan jantung dengan mengetahui sebab-sebab berlakunya penyakit ini :

1 - Tekanan darah tinggi

  • ia menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah
  • jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran darah yang sempit
  • lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung

2 - Kandungan lemak yang tinggi

  • makanan yang tinggi lemak adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak
  • lebih tinggi kandungan lemak lebih berbahaya

3 - Merokok

  • ia mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
  • menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
  • mempercepatkan pembekuan darah

4 - Kurang bersenam

  • senaman penting untuk menguatkan jantung
  • senaman juga berguna untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung. Bersenamlah!

5 - Tekanan perasaan yang tidak terkawal

  • seseorang yang mengalami tekanan perasaan degup jantungnya meningkat. Tekanan darahnya juga meningkat

6 - Kencing manis yang tidak terkawal

  • salah satu peringkat teruk, akibat kencing manis yang tidak terkawal ialah sakit jantung

Serangan jantung dapat membawa kematian. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti diterangkan…Sila berjumpa doktor dengan segera.Jangan biarkan orang tersayang meratap tanpa persediaan.


Isnin, 14 April 2008

ANEKA RONA MAKANAN

Warna membuatkan dunia kita meriah. Sukar dibayangkan kehidupan kita tanpa flora dan fauna yang berwarna-warni. Warna menghasilkan tindakbalas emosi. Kepelbagaian warna telah terbukti mampu mengawal emosi seseorang itu. Warna yang berbeza boleh membuatkan kita berasa lapar, bertenaga, gembira atau tenang. Warna juga mampu mempengaruhi kesihatan kita. Dalam alam tumbuh-tumbuhan, warna terhasil daripada fitokimia atau bahan kimia fito, yang bukan sahaja membuatkan apa yang kita lihat sedap untuk dipandang, bahkan membekalkan sumber kesihatan yang berkhasiat. Sememangnya tidak mencukupi jika kita hanya makan makanan yang berwarna merah atau biru sahaja. Kita mesti makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berlbagai warna yang terang. Menurut Panduan Piramid Makanan Malaysia, hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang disarankan adalah sekurang-kurangnya 3 hingga 5 hidangan sehari.

Kumpulan Makanan MERAH
Tomato Lycopene merupakan karotenoid yang bertanggungjawab terhadap warna merah tomato. Walau bagaimanapun, kandungan lycopene dalam tomato akan hanya meningkat ketika buah berada dalam keadaan matang (tomato akan menjadi lebih merah) dan perbezaan akan lebih jelas kelihatan pada pelbagai jenis tomato. Sebagai contoh, tomato merah mempunyai kandungan lycopene yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan tomato kuning.

Lycopene bertindak sebagai ajen anti-oksidan yang mampu mambantu badan menyerap radikal bebas dan juga membaiki sel-sel badan yang telah rosak. Di samping itu lycopene mampu menyahkan toksin yang boleh menyebabkan penghasilan sel-sel barah. Kumpulan makanan merah adalah seperti tomato, tembikai, lada merah, limau gedang merah jambu dan merah. Kumpulan makanan ini juga mengandungi vitamin dan mineral yang lain selain daripada lycopene. Biarpun begitu ada sesetengah buah-buahan yang mengandungi lycopene tidak berwarna merah seperti buah jambu batu. Kandungan lycopene di dalam buah jambu batu adalah rendah.

Kumpulan Makanan JINGGA

karot

Beta-karotene adalah sejenis karotenoid yang menyebabkan lobak merah jingga. Ia banyak dijumpai di dalam makanan berwarna jingga. Badan kita mampu menukar beta-karotene kepada Vitamin A jika diperlukan. Beta-karotene bertindak sebagai agen anti-oksidan yang membantu melindungi badan kita dari kebanyakan jenis kanser dan penyakit jantung, bahkan ia juga mampu memperlahankan kemaraan penyakit-penyakit mata seperti katarak dan macular degeneration atau kemerosotan macular dari merebak. Lobak, buah labu, mempelam dan buah aprikot adalah sebahagian contoh kumpulan makanan berwarna jingga. Selain daripada mengandungi beta-koratene, kumpulan makanan berwarna jingga ini mengandungi vitamin dan mineral lain yang memainkan peranan dalam mempertingkatkan tahap kesihatan kita. Sebagai contoh, buah labu merupakan sumber Vitamin B6. Selain itu sahaja, sayur-sayuran hijau seperti bayam mengandungi beta-karotene. Warna jingga beta-karotene dilitupi oleh warna hijau klorofil

Kumpulan Makanan JINGGA KUNING
Jagung Makanan dalam kumpulan ini mengandungi beta-crytoxanthin yang diklafikasikan secara kimia sebagai xanthophylls. Ia mengandungi ajen anti-kanser dan mampu mempertingkatkan fungsi jantung. Beta-crytoxanthin membekalkan aktiviti anti-oksidan dalam badan kita. Nenas, oren, betik, jagung manis, nectarines (sejenis buah pic yang kulitnya tidak berbulu), buah limau nipis dan pic (sejenis buah yang berwarna kuning kemerahan) tergolong dalam kumpulan makanan jingga kuning. Buah pisang membekalkan Vitamin B6 yang mampu mengawal hormon. Bromelain yang terkandung di dalam nenas dan papain yang dijumpai di dalam betik merupakan enzim proteolitik yang mampu membantu untuk memperkembangkan lagi fungsi penghadaman badan kita.

Bayam

Kumpulan Makanan HIJAU KUNING
Makanan dalam kumpulan ini mengandungi kebanyakannya lutein dan zeaxanthin. Lutein dan zeaxanthin adalah pigmen kuning berkepekatan tinggi yang dijumpai dalam buah-buahan berwarna kuning dan sayuran yang daunnya berwarna hijau tua. Kawasan retina di mata kita dikenali sebagai macula. Pengambilan tinggi buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan lutein dan zeaxanthin dalam diet pemakanan mampu mengurangkan risiko penyakit kemerosotan macular yang berkaitan dengan usia. Bayam, buah avocado, kacang hijau, kale atau kubis, collard greens dan mustard greens adalah dari kumpulan makanan hijau kuning.

Kumpulan Makanan HIJAU
Brocoli Glucosinolates, sulforaphane, isothiocyanates dan indoles adalah sebahagian komponen yang biasa wujud dalam kumpulan makanan ini. Sulforaphane adalah bahan kimia tumbuhan yang mempunyai aktiviti anti karsinogenik. Sulforaphane dan isothiocyanates merupakan ajen anti oksidan dan juga perangsang enzim penyahtoksin asli yang mujarab dalam badan kita. Indoles mampu mengelakkan sel-sel badan dari kerosakan sel dan penyakit kanser. Brokoli (kubis bunga warna hijau), kubis Brussels. Bok Choy, kubis bunga dan kubis adalah terdiri daripada ahli-ahli kumpulan hijau. Kebanyakan sayuran cruciferous (tergolong dalam keluarga sayur kubis) dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kanser. Brokoli merupakan satu sumber Vitamin A, Vitamin C, beta-karotene dan asid folik yang sangat baik. Manakala kubis tidak mengandungi kolesterol. Kandungan kalorinya rendah dan ia merupakan sumber Vitamin C yang bagus. Kubis bunga pula merupakan sumber folat yang baik.

Bawang Putih
Kumpulan Makanan PUTIH
Kebanyakan makanan dari kumpulan ini mengandungi allyl sulfides. Sebatian sulfur ini membuatkan makanan berasa pedas atau berbau tajam. Ia juga merupakan ajen anti-tumor. Bawang putih, bawang merah, kucai dan bawang perai tergolong dari kumpulan makanan putih. Bawang putih dikenali mampu mengurangkan tahap kolesterol dan tekanan dalam darah.

Makanan Kumpulan UNGU
Anggur Anthocyanin menyebabkan kebanyakan buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga berwarna merah, voilet (ungu), ungu dan biru. Ia adalah pigmen yang mudah larut dalam air dan mampu memantulkan warna merah hinggalah ke biru. Anthocyanin berfungsi sebagai ajen anti oksida. Ia mampu melindungi badan dari kerosakan osidatif yang menyebabkan penyakit jantung, kanser dan penuaan. Anggur ungu, beri biru, beri hitam, raspberi, kranberi, plum, buah prun, kismis, buah terung, blackcurrant dan kubis ungu tergolong dalam kumpulan makanan ungu.

Jadi, kepada anda yang kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan tu fikir-fikirkanlah. Jumpa lagi.

Jumaat, 11 April 2008

MINUMLAH AIR ..( SKY JUICE..LAH )


Apakah sumber kecantikan yang paling efektif di dunia? Jawapannya adalah segelas air kosong yang anda minum setiap hari. Air kosong dapat membantu anda mendapatkan tubuh yang kekal langsing, kulit yang cerah, serta bebas dari jerawat. Tetapi sayangnya, tidak ramai yang mempraktikkan amalan meminum air kosong ini terutamanya mereka yang sudah biasa minum minuman bergas dan minuman bergula. 8 gelas air kosong sehari boleh mengembalikan kesegaran tubuh. Jadi, jika anda inginkan wajah yang berseri dan badan langsing, air kosong harus dimasukkan dalam ‘menu wajib’ anda.

Anda boleh mempelbagaikan cara pengambilan seperti berikut :

1. Ketika bangun pagi, campurkan air kosong panas dengan perahan limau nipis atau lemon. Minum dan anda akan merasakan kesegarannya.
2. Pesanlah air mineral ketika anda makan di gerai atau restoran. Hindari soda atau air berkarbonat yang boleh menggemukkan.
3. Untuk kesegaran, tambahkan daun pudina, hirisan buah limau atau halia pada air kosong anda. Rasanya juga pasti berbeza.
4. Ketika cuaca sejuk, air kosong panas yang dicampurkan dengan madu dan lemon sudah cukup untuk memanaskan badan anda.

Kenapa Anda Perlu Minum Air?

Minum Air Kosong Kita semua memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Air bagi memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 55 hingga 75 peratus tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup hingga 70 hari tanpa makanan tetapi hanya bertahan hingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air. Ini bermakna air sangat penting untuk kehidupan.

Air juga penting sebagai ajen yang membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh, membantu penyerapan makanan selain memastikan tahap suhu badan keadaan stabil.

Untuk sihat dan terhindar daripada penyakit, paling baik minum lapan gelas air dalam sehari. Yang baik adalah air suam, iaitu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, minumlah dua gelas besar 1-2 jam sebelum sarapan, dua gelas besar 1-2 jam sebelum makan tengahari, dua belas besar 1-2 jam sebelum makan malam dan dua gelas besar 1-2 jam sebelum tidur malam. Lakukan secara disiplin, maka hasilnya akan terlihat dalam 2-3 bulan kemudian.

Air adalah keperluan kedua setelah udara bagi TUBUH anda!
Tubuh kita terdiri daripada 75% air dan 25% zat padat. Pernafasan dan perkumuhan dari badan akan melibatkan sebanyak 3 liter air sehari digunakan. Ini bermakna badan kita mengeluarkan lebih daripada 10 gelas air dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu mengembalikan semua air dalam badan secara teratur agar dapat mengekalkan paras air dalam badan. Ia sekaligus memastikan kesihatan sentiasa pada tahap optimum.

Berapa banyak yang seharusnya kita minum?
Dua liter air adalah jumlah minimum yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Ini bermakna kita memerlukan lapan gelas besar air. Jika anda tinggal di kawasan yang bersuhu tinggi (panas) dan banyak melakukan aktiviti fizikal, maka anda memerlukan lebih dari lapan gelas air sehari.

Air dalam makanan kita
Kebanyakkan makanan yang kita ambil mempunyai ‘kandungan air yang rendah’ atau ia hilang ketika proses memasak. Jesteru, dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar (yang memiliki kandungan air yang tinggi) maka anda akan memperolehi sehingga lebih daripada satu liter air. Air yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran juga mempunyai pelbagai mikronutrisi yang mudah diserap oleh tubuh kita.

Melancarkan sistem penghadaman
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melalui aliran darah ke seluruh bahagian tubuh yang memerlukan. Malah zat-zat makanan yang larut dalam air dapat diserapkan oleh air. Malah air memudahkan proses perkumuhan. Kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit. Air dapat membantu melancarkan sistem penghadaman dan melawaskan proses pembuangan.

Membantu menurunkan berat badan
Air juga dapat bertindak sebagai penahan nafsu makan secara semulajadi. Cukup dengan mengambil segelas air setiap kali anda berasa lapar. Kekurangan air menyebabkan anda makan secara berlebihan. Ini disebabkan mekanisme nafsu makan semakin meningkat ketika anda benar-benar kekurangan air.

Semakin sedikit kuantiti air yang diminum, semakin banyak tubuh kita mencuba menyimpannya untuk penggunaan nanti. Hasil dari penahanan air tersebut menyebabkan penambahan terhadap ukuran pinggang.

Bebas dari penyakit batu karang
Batu karang terjadi ketika sisa bahan yang tidak terpakai atau komponen lain yang melalui buah pinggang bergabung dengan komponen sampah yang lain. Maka terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar batu jika kekurangan air. Jika kita banyak minum air, kerikil tersebut akan disingkirkan oleh air.

Selasa, 8 April 2008

CARI MASA UNTUK BERSENAM

Adakah anda cepat berasa letih? Jika ya! Ini bermakna anda perlu meneliti semula rutin harian anda. Anda perlu memperuntukkan masa untuk bersenam. Ini bermakna walau sesibuk mana pun jadual harian anda, anda tidak seharusnya lupa untuk bersenam. Tidak bersenam bukan sahaja akan membuat kesihatan tubuh anda terganggu, malah ia mengurangkan seri pada kulit anda, sekali gus nampak tidak bermaya. Jadi, luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk bersenam. Antara senaman senaman ringkas yang boleh anda amalkan ialah :

Menaiki Tangga
Hampir setiap pejabat mempunyai tangga. Jadi, apa kata jika anda menggunakan tangga berkenaan ketika bergerak ke mana-mana kerana ini secara tidak langsung membantu anda menegangkan otot paha dan betis. Bagaimanapun, pastikan anda tidak memakai kasut yang bertumit tinggi kerana ia akan mendedahkan anda kepada risiko kecederaan ataupun tergelincir. Jesteru, pastikan kasut yang anda pakai sesuai dan selesa dipakai selain menyakitkan kaki. Selamat mencuba!

‘Skipping’
“Skipping’ juga adalah antara senaman ringkas dan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya memerlukan seutas tali ‘skipping’ dan ruang yang mencukupi. Walaupun agak mudah tetapi manfaat yang bakal anda perolehi daripada ‘skipping’ hampir sama dengan jongging. Ia membantu menguatkan otot-otot lengan, perut, paha dan juga boleh mengurangkan lemak dalam badan anda.

Peregangan
Peregangan adalah antara perkara yang perlu anda berikan keutamaan sebelum melakukan sebarang senaman atau kerja-kerja lain. Peregangan penting untuk melegakan otot-otot anda dan bersedia untuk peringkat seterusnya. Peregangan juga dapat mengelakkan daripada berlaku kecederaan dan dapat memperbaiki ‘postur’ tubuh. Jadi, luangkan antara lima hingga sepuluh minit untuk melakukan peregangan.

Kajian menunjukkan kurang senaman menambahkan risiko serangan jantung. Senaman dapat menguatkan otot, menggalakkan aliran darah, mengelak kegemukan dan memberi keceriaan dalam kehidupan. Senaman juga mengurangkan serangan jantung, seterusnya mengurangkan kadar kematian akibat sakit jantung.

Jangan mulakan dengan senaman yang berat jika anda tidak pernah berbuat demikian. Ini mungkin dengan sendirinya menyebabkan serangan jantung. Apabila mengambil bahagian dalam sebarang program senaman jangan tergesa-gesa untuk meningkatkan aktiviti fizikal anda. Amalan yang baik patut dicontohi, misalnya janganlah menaiki kereta jika anda boleh berjalan kaki untuk ke sesuatu tempat. Ambillah bahagian di dalam sebarang aktiviti sukan yang anda gemari.

Manfaat berjalan kaki
Jalan kaki adalah latihan yang baik untuk memulakan senaman yang dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan. Untuk memaksimumkan latihan anda, cubalah berjalan kaki, sekurang-kurangnya satu jam di pagi hari. Untuk hasil yang lebih baik, awasi degup jantung anda pada 70% dari degup jantung maksimum anda (degup jantung maksimum sama dengan 90 degupan). Jalan kaki juga akan menguatkan semua otot di kaki dan dari satu jam berjalan cepat akan membakar sekitar 300 kalori.

Untuk senaman yang efektif
Senaman meningkatkan daya tahan tubuh sehingga 80%. Tetapi jika anda tidak sihat, anda tidak digalakkan melakukan senaman. Untuk senaman yang efektif, jadualkan kekerapan bersenam antara 3 hingga 5 kali seminggu. Anggarkan masa untuk bersenam, minimum antara 10 hingga 20 minit setiap sesi. Tetapi sebelum bersenam, pastikan mulakannya dengan teknik memanaskan badan (warm up). Ketika bersenam, berikan tumpuan kepada aktiviti yang melibatkan seluruh tubuh badan seperti berlari, berjalan kaki, berbasikal, senaman aerobik, memanjat anak tangga dan berenang. Selepas tamat senaman, akhir aktiviti anda dengan menyejukkan badan (cool down)

Apa yang perlu ada dalam sesebuah program senaman?

* Sentiasa memulakan program senaman dengan melakukan latihan pemanasan selama 5 hingga 10 minit.
* Lakukan regangan untuk memperbaiki keadaan tubuh anda agar lebih fleksibel.
* Lakukan sedikit latihan aerobik bagi memperbaiki fungsi kardiovaskular.
* Pilihlah senaman yang mampu menggerakkan otot dan tulang anda.
* Diakhiri dengan senaman ringan selama 5 hingga 10 minit sambil menyedut nafas dalam-dalam.

Rabu, 19 September 2007

AWASI KESIHATAN - RAMADAN

Puasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi semua umat Islam yang berkuasa tanpa mengira lelaki, perempuan, tua ataupun muda sebagai menyempurnakan rukun Islam yang ketiga. Di samping menunaikan ibadat kepada Allah subhanahu wa ta’ala dengan harapan ganjaran yang dijanjikan, melalui puasa individu muslim itu akan mendapat kekuatan spiritual dan latihan disiplin diri terhadap tuntutan nafsu.

Meskipun setiap orang berkewajipan menunaikan puasa dan janji-janji lipatan pahala Allah adalah besar, namun Islam memberi kelonggaran bagi orang-orang yang tidak mampu mengerjakannya. Di dalam ayat 184, surah al-Baqarah, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: “sesiapa daripada kamu yang sakit ataupun dalam perjalanan (musafir), bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang dibuka pada hari yang lain.”

Ayat di atas merupakan nas yang jelas tentang kekecualian yang diberikan terhadap orang-orang tertentu seperti para musafir dan orang sakit. Kekecualian seperti ini tidak harus digunakan bagi kepentingan peribadi dan duniawi. Bahkan mereka yang berupaya wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan cara berpuasa pada hari yang lain. Hanya bagi yang tidak berupaya langsung dibenarkan membayar fidyah.

Artikel ini sekadar membicarakan beberapa isu berkaitan masalah kesihatan dan penjagaannya dalam mengharungi bulan puasa agar kita dapat menyempurnakan ibadat yang mulia ini dengan baik. Terlebih dahulu ada baiknya kita bicarakan beberapa perkara berkaitan dengan rawatan, khususnya dalam perubatan moden.

Bagi penyakit akut, yang kadang-kadang datang dengan tiba-tiba dan memerlukan pengambilan ubat-ubatan secara oral, wajarlah pesakit mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsi. Pesakit harus berbuka puasa sekiranya dengan berpuasa ia boleh menimbulkan komplikasi yang tidak diingini. Di antara penyakit-penyakit akut yang dimaksudkan ialah demam, batuk, sakit kepala, sakit perut dan seumpamanya.

Bagaimanapun, adalah baik sekali seandainya doktor perubatan boleh mengatur waktu supaya pesakit boleh terus berpuasa dan mengambil ubat di waktu berbuka atau sebelum imsak. Tetapi janganlah dengan sebab berpuasa menyebabkan penyakit pesakit menjadi lambat sembuh. Jikalau puasa mengganggu proses ke arah kesembuhan ataupun keadaan boleh memudaratkan si pesakit, pesakit harus mengambil ubat mengikut jadual dan menggantikan puasa di bulan yang lain.

Ada pesakit yang berpuasa dan menerima rawatan suntikan di mana ubat boleh diambil di waktu malam. Dalam hal ini suntikan ubat tidak membatalkan puasa. Bahkan pesakit boleh terus berpuasa walaupun dia dimasukkan air sodium chloride atau darah di hospital atas sebab-sebab kesihatan. Memasukkan bahan-bahan berkenaan berbeza dengan memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang sudah tersedia.

Berkaitan dengan isu ini ialah rawatan penyakit mata seperti konjunktivitis. Terdapat di dalam rawatan moden dan homeopati di mana ubat diberi dengan cara menitiskan airnya ke dalam mata. Sekiranya rawatan ini dilakukan, jelas sekali ia membatalkan puasa kerana ia melibatkan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.

Bagi mereka yang mengidap penyakit-penyakit serius, keadaan yang menyebabkan mereka tidak boleh berpuasa mungkin disebabkan mereka terpaksa mengambil ubat-ubatan di dalam waktunya (termasuk sebelah siang) atau kemudaratan yang mungkin timbul kerana keadaan tubuh yang lemah atau berpenyakit. Bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan sama ada mereka harus berpuasa atau tidak, perlulah si pesakit itu mendapat pandangan doktor dan ahli agama.

Di antara penyakit-penyakit serius mungkin termasuk pesakit jantung, pengidap AIDS, kanser, kencing manis, buah pinggang, epilepsi, asma, gastrik yang teruk, pendarahan dan lain-lain lagi. Komplikasi mungkin berlaku sekiranya mereka berpuasa berterusan selama sebulan. Umumnya mereka diberi keringanan meninggalkan puasa dengan menggantikannya pada bulan yang, melainkan mereka yang tidak boleh berpuasa langsung.

Kemungkinan memperoleh rawatan alternatif yang membolehkan seseorang itu berpuasa juga harus ditimbang sekiranya rawatan itu dapat membantu dan dapat memperbaiki keadaan kesihatan. Agama Islam tidak pernah membezakan di antara apa jua sistem rawatan yang wujud hari ini selagi ianya berkesan, tidak menyalahi akidah dan boleh membantu pesakit menjalani urusan harian atau beribadat. Kepercayaan bahawa setiap cabang ilmu itu datangnya daripada Allah subhanahu wa ta’ala adalah penting dalam memahami prinsip toleransi dalam memilih kaedah rawatan yang sesuai.

Seperkara lagi ialah berkaitan dengan prosedur diagnosis. Di dalam amalan perubatan moden terdapat bentuk-bentuk diagnosis yang mungkin membatalkan puasa. Sementara sebahagian daripada diagnosis itu pula boleh diatur terlebih awal. Di dalam hal ini, pesakit boleh merancang tarikh dan waktu diagnosis dengan doktor sekiranya kaedah diagnosis itu boleh membatalkan puasa.

Sebagai contoh ujian gastroskopi (gastroscopy), sigmoidoskopi (sigmoido-scopy) atau kolonoskopi (colonoscopy) adalah di antara kaedah diagnosis yang boleh membatalkan puasa. Sekiranya keadaan penyakit tidak mendesak, diagnosis boleh ditangguhkan atau dilakukan selepas bulan Ramadhan. Tetapi bagi kes-kes yang serius dan memerlukan tindakan segera, pesakit tidak harus menangguhkan temujanji yang telah dibuat. Puasa perlulah diganti pada hari yang lain.

Oleh kerana puasa merupakan suatu ibadat yang dijalankan untuk suatu jangka masa yang panjang, bukan sahaja persediaan rohani dan mental pesakit perlu kuat. Keadaan fizikalnya juga mesti kuat dan berdaya tahan. Kita selalu sebut bahawa salah satu implikasi positif puasa ialah dari segi memberi kerehatan yang cukup kepada sistem pencernaan. Demikian juga kepada anggota lain yang berhubungan secara tidak langsung. Ini ada benarnya.

Namun tanpa penjagaan kesihatan yang sempurna atau sikap mengambil berat terhadap pemakanan, seseorang boleh mengundang pelbagai penyakit di bulan puasa. Di antaranya ialah keracunan, cirit-birit dan taun. Ini berlaku kerana orang yang berpuasa memakan pelbagai jenis makanan dan membeli di gerai-gerai yang pemiliknya tidak peka tentang kebersihan. Lagi pun sebahagian daripada penjual di bulan puasa itu bukannya pernah menjadi peniaga melainkan di bulan puasa sahaja.

Selepas berlalu puasa selama beberapa hari, kerapkali ada pula aduan lain. Ini biasanya timbul daripada mereka yang mengalami masalah sembelit. Sememangnya sembelit merupakan satu masalah kesihatan yang lumrah, khususnya di bulan puasa. Ini berlaku apabila seseorang itu kurang meminum air dan alpa untuk mengambil makanan yang mengandungi serat. Sebaliknya makanan yang manis-manis sahaja yang dikejar sebagai juadah berbuka puasa.

Salah satu drama yang biasa menjadi buah mulut ialah serangan gastrik. Tetapi sebenarnya gastrik bukanlah sesuatu yang pelik. Oleh kerana pertukaran jadual makan, khususnya pada awal bulan puasa, memanglah ada orang yang perutnya sensitif akan merasa pedih bila tiba tengah hari. Kebanyakan individu menjadi biasa selepas beberapa hari. Bagi mereka yang tidak tahan dengan situasi berkenaan, terdapat beberapa kaedah untuk menghalang serangan sakit perut atau gastrik yang berkemungkinan besar diakibatkan oleh asid dalam perut. Di antaranya ialah dengan mengambil beberapa penawar homeopati dan biokimia tertentu.

Penyakit-penyakit lain yang kerap ditemui di sepanjang bulan Ramadhan ialah tonsilitis, syanker mulut, sakit kerongkong, batuk, selsema dan lain-lain. Ia boleh menyerang dengan mudah di bulan puasa bagi individu yang tidak peka dengan amalan kebersihan, makanan seimbang dan kesihatan. Apa lagi bagi mereka yang sudah sedia ada penyakit yang dihidapi secara berterusan.

Wanita yang hamil juga biasa mengalami masalah untuk meneruskan puasa. Masalah tersebut mungkin berkait dengan kesihatan diri ataupun bayi di dalam kandungan. Mereka yang mendapat alahan teruk ketika hamil seperti loya, muntah, sakit perut dan krem harus mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan. Bagi wanita hamil, Islam telahpun menetapkan kaedah-kaedah tertentu yang mengizinkan ibu-ibu meninggalkan puasa dan menggantikannya di kemudian hari.

Bagi semua individu muslim, mustahak diingatkan bahawa setiap individu harus mengambil jumlah air minuman yang mencukupi di bulan puasa. Kurangkan amalan mengambil terlalu banyak minuman dan kuih-muih yang manis. Sebaliknya banyakkan meminum air suam atau air masak. Begitu juga, janganlah terlalu gelojoh dengan menyumbat sebanyak mungkin makanan sewaktu berbuka puasa.

Adalah berfaedah sekiranya anda dapat mengurangkan pengambilan minuman berkafein dan merokok. Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. Buah-buahan seperti khurma, buah tin, prun dan limau amat baik dijadikan sajian berbuka puasa dan bersahur sebelum memakan nasi. Makanlah secukupnya di samping memberi ruang untuk kita bernafas dengan selesa.

Bagi mereka yang merasa makanannya tidak membekalkan zat atau vitamin yang mencukupi, ada baiknya mengambil pil-pil tertentu seperti tablet vitamin B2, vitamin C dan multivitamin ataupun multimineral. Beberapa panduan lengkap berkaitan pemakanan boleh dirujuk kepada pakar pemakanan dan kesihatan maupun hospital.

Sekian..,selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh sabar.

Khamis, 9 Ogos 2007

RESDUNG


ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.

Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.

Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria.

Bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.

Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

Bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Awasi petanda-petanda berikut ;

``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.

``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.

``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.

Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.

Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.

Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan.

Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:

* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis:

* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan

Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.