Khamis, 5 Julai 2007

KENCING KOTOR..( U.T.I )

Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.

  • Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.

  • Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala

  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.

  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.

  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.

  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.

  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.

  • Demam dan seram sejuk.

Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Penyebab dan faktor-faktor penyumbang

  • Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.

  • Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.

  • Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.

  • Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Pengurusan sendiri

  • Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.

  • Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.

  • Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.

  • Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.

  • Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).

  • Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?

  • Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).

  • Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.

  • Memberi antibiotik tertentu.

  • Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.

Pencegahan

  • Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.

  • Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.

  • Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.

  • Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

  • Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fisikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

  • Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.

  • Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.

  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

  • Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.

  • Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

Maka waspada selalu..bakteria atau kuman berada dimana-mana jika ada kesan kepada kesihatan segeralah bertindak

83 ulasan:

dinda.teJa berkata...

Bagus sekali. Terima kasih Zailan. Info anda banyak membantu. :)

Tanpa Nama berkata...

macammana kalau kita belum kahwin lagi, hari tu pegi buat medical check up. tapi bab air kencing tu, dr kata ada kotor sikit, dia punya bacaan kalau tak silap, 0.025.

Unknown berkata...

Aku gi klinik hari tu... doktor kata kencing kotor.. then dia bgi ubat laa.. okla dalam seminggu ni.. tapi saluran kencing tu masih pedih setiap kali kencing.. apa hal ya???

aku dah kahwin... ini jangkit dari bini aku ke?

Unknown berkata...

SY AGAK B'SETUJU DGN ARTIKELT'SEBUT..SY JUGA MANGALAMINYA..SALAH SATU TABIAT YG YG T'DAPAT DALAM ARTIKEL T'SEBUT JUGA SAYA LAKUKAN..

Tanpa Nama berkata...

Saya pun kena... Skrg hamil hmpir 2 bln, doc kasi ubt tp tak makan... Nak carik cara lain selain mkn ubt... Boleh tak

Tanpa Nama berkata...

alhmdulilh...sya dh gna cra 2...hri khms ni jmpa dktr n tgk rslt...hrp2 dh plh...

Tanpa Nama berkata...

saya br kena, dr. kasi suntikan & ubat harian. sy xmakan. amalkan susu kambing segar

malarang berkata...

saya mohon copy entry awak ke blog saya,saya akan link blog awak dalam blog sya.saya baru terkena kencing kotor,so nak kongsi dgn orang ramai, cara atasinya,tq..

nur waheda berkata...

sy pun pernah kne kencing kotor ni.amat menyakitakn.tambah pulak kalu deman.Sy mohon copy pnulisan ni.cz ramai org terleps pndang pekara ni.

Tanpa Nama berkata...

sya kerap tkena jkitan kengcing kotor..kdg2 smpai kuar darah..
tp skarang sya keliru nk mkn ubt o nk ubt cara tradisional??

Tanpa Nama berkata...

Bahaya ke kencing kotor ni??boleh ke smpi mrgut nyawa??

Tanpa Nama berkata...

Ape bezanya uti dgn oab?

ujirozy berkata...

skrg ni saya punya pinggang sakit sgt disbbkan kencing saya kotor..... bleh dikatakan saya ni kerap gak la kena kencing kotor... tp ni yg paling teruk sbb sampai pinggang pun sakit

Tanpa Nama berkata...

Tq for the info...... saya penghidap kencing kotor yang berulang....... masa mengandung pun kena sehinggakan kedua kedua anak saya lahir tidak cukup bulan.....saya pun tak berapa pasti kenapa perkara ini berlaku, padahal saya dah mengamalkan kebersihan tahap maximum.... teringin gak bila jumpa doktor...doktor bagi jawapan yang baik sikit... huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

saya first time kena kencing kotor...gejala2 yg sm seperti yg diceritakan. sakitnye tuhan yg tahu siap demam-dmm lg..tp Alhamdulillah ok dah sket skng...harap2 sembuh sepenuhnya...amin! pd sesapa yg blm kene n dah kene jglah kesihatan anda yek....ingatlah org tersyg.

Tanpa Nama berkata...

air kencing stuck.....

Tanpa Nama berkata...

bila nak keluarkan air kencing sepenuhnya, rasa sakit yang teramat.

baby berkata...

siksa lah sakit menatang nih :(

Tanpa Nama berkata...

penyakit kencing kotor memang memeritkan terutama apabila simpton yang melibatkan sakit pinggang yang teramat sangat diikuti dengan demam yang menggigil, tidak boleh digambarkan perasaan pada masa itu, tapi dengan mengamalkan tahap kebersihan yang lebih baik , insyaallah masalah ini dapat dikawal dan diatasi.KAlau kita malkan minum air barli pun ok juga. tapi yang penting dapatkan rawatan dengan segera sekiranya terdapat simpton2 yang dinyatakan diatas.

Mrs JZizan berkata...

saya salu gak mengalaminya...saya copy ye info nie kt blog saya...
salam kenal..
http://kopicawan.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Hmm.. bagus info ni.. saya dah 3 minggu kena kencing kotor ni.. mmg tak selesa dibuatnya..

Tanpa Nama berkata...

Assalam... tq atas info ni. saya pertama kali kene penyakit ini. Usia kandungan saya masuk 6 bln. skrg tgh makan antibiotik doktor suggest kn..harap bkesan. memang mnyakitkn..

Tanpa Nama berkata...

sangat membantu. tq

Tanpa Nama berkata...

tenkiu...ianya sesangat mmbantu, sbb saya takut gak ngan air kencing kotor, takut nati ade kene sakit buah pinggang....

Tanpa Nama berkata...

Kencing kotor ni mungkin juga Gonore (Kencing Nanah)terutama bagi lelaki. boleh tengok kat sini http://www.rnw.nl/bahasa-indonesia/article/gonore-kencing-nanah

Hamba Allah berkata...

Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
Saya selalu sgt kena kencing kotor (UTI). Sekerap setahun 2-3 kali sampai dah jumpa pakar. Start kena lepas nikah. Mula2 dulu rasa pedih menyucuk di kawasan ari2 lps tu mesti 'nak buang air kencing' w/pun setitis dua je yg keluar. Lama2 kena mesti demam. Ada 2 kali yg saya kena UTI tu demam panas & muntah2. Langsung tak ada tanda mcm biasa tu. Masa tu Dr dah bagi antibiotik kuat. Dlm masa yg sama, saya sentiasa amalkan minum air barli, banyakkan air kosong dan menjaga kebersihan kelamin.

Allah lebih mengetahui. W/pun mcm2 test dan perubatan saya cuba, saya masih lagi kena kencing kotor (pernah tu masuk salur pundi kencing - sakit sgt). Dr kata mungkin sbb UTI saya masih gagal mengandung selama 7 thn ni berkahwin. Saya amat harap saya dapat juga mengandung satu hari nanti & hrpnya masa mengandung tu saya tak akan kena UTI.

UTI yg teruk atau dikesan lambat boleh merebak ke pundi kencing, ada yg UTI tu petanda ada batu karang. Antara tandanya kencing berdarah dan ganggu sistem perkumuhan. Dalam buah pinggang ada fungsi kawalan tekanan darah kita. Utk yg mengandung, ada risiko kepada kandungan. Jadi, nasihat saya kepada yg tak nak ambil ubat, fikir2kanlah daripada pengalaman saya. Ambil iktibar.

Tanpa Nama berkata...

Pengalaman saya pula, baru2 ni saya pergi buat medikal checkup di klinik swasta sbb kebelakangan ini kerap kencing tak kira malam atau siang. saya takut menghidap kencing manis. saya selalu ambil urutan refleksologi, bahagian buah pinggang n usus di bawah tapak kaki terlalu sakit.
doktor ambil darah dan sampel kencing. seminggu lepas tu, dapat keputusan alhamdulillah saya bebas kencing manis tetapi ada kencing kotor rupanya. doktor beri suntikan di atas punggung, pil anti biotik, pil cuci buah pinggang n air minum cuci kencing. ini hari ketiga saya ambil ubat sbb doktor suruh ambil selama 5 hari.saya juga diminta minum air barli sekali sehari. stp kali slp mkn ubat, saya rasa nak kencing n buang air besar yg kerap. sehingga hari ini, air kencing saya mulai jernih.hrp2 lpas ni saya pulih normal, amin.

Tanpa Nama berkata...

baru terjumpa artikel ni, sgt bagus... terima kasih atas info..
sy dah 10bln berkahwin dan berharap ntk mengandung...dah beberapa kali kena kencing kotor. doc ada ckp kencing kotor ganggu period sy... sakit... kadang2 sakitnye buat sy tertipu, ni sakit nak period ke ape... awal2 kena sy takut nak makan ubat, sbb fikir kalo makan ubat akan effect kot2 mengandung... tp sorg doc tu nasihat, lebih baik pastikan diri kita sihat sblm sakit kita pergi pada baby... jadi, makan la ubat... fikir2 kan... ;) pwh ya, cara tradisional pn ada... makan la buat delima... pastu rebuskn daun pegaga dengan daun inai, kemudian minum air nye... InsyaAllah...

Unknown berkata...

Sy bru sje kne kencing motor. Sebelum ini pon pernah kena. Sakit sngat. Xtau nk buat mcm mne. dadih tu yogurt ker?

Tanpa Nama berkata...

mula skit kat alat kmaluan,pastu kat pnggn plak skit.cek dktr ckp kncng ktor..dah org dktr sy jmpe..kali enjit kat tngn..mkn ubat,air bali..nmun msh skit pnggng

Ren berkata...

Salam...saya da lama kena kencing kotor nie..selama saya kahwin nie..masa bujang ok,tak perna kena kencing kotor,nie pun da setahun kahwin kerap kena kencing kotor nie..dengar kata kena kencing kotor nie susah nk dapat anak btul ke..,saya takut,,

Tanpa Nama berkata...

saya ni pengidap hipertensi..selalu gak kena kencing kotor,ada sekali doc kata adakapur dlam air kencing..saya makan ubt antibiotik doc bagi kurang ckt kencing.kalo tak, asyik nak kencing aje..air kencing laju gak..hai..malsnye nak jumpe doc..satgi hepertensi gerenti x turun kencing kotor lg..dugaan..jagalah kawan2..sblum melarat ..kos tinggi..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas info tu.Anak saya kencing kotor tetapi susah makan ubat. Saya rasa saya patut bagi dia dadih setiap hari sebab dia suka tu..

Tanpa Nama berkata...

satu lg org kata..amalkan makan yogurt sekali sehari and minum air jus cranberry..selamat mencuba.. :-)

Tanpa Nama berkata...

Mmm..trima kasi ya...

Tanpa Nama berkata...

Sy kerap kencing malam sehingga subu, kadang kala sy terpaksa bangun 3 kali iaitu diantara pukul 10-4 pagi... Sy juga sukar hamil,..Sy suda 1 tahun mendirikan rumah tangga namun belum di kurniakan zuriat..Sy sangat tertekan.dgn keadaan sy...

amy berkata...

boleh amalkan minum air rebusan pokok dukung anak

Tanpa Nama berkata...

Sy bwu g jmpe doc..dia kte lelaki jarang kne kncing kotor..so dia suspek sy kne hepatitis b..haa tkut gler ak..tp tnda2 kne kncing kotor 2 mmg sume ade kt ak..cmfius ak..

Tanpa Nama berkata...

Banyak komen yang saya baca..terlintas untuk berkongsi rasa juga..sebelum nie saya tidak pernah mengalami kencing kotor nie,tapi semenjak mendirikan rumahtangga nie dalam tempoh 6 bulan nie,sedah 2x saya kena serangan kencing kotor nie..sakitnya hanya tuhan saje yang taw..first time kena,memang rasa menangis menahan sakit,g klinik doc bg injection tuk kurangkan rasa sakit..then 4 bulan selepas tu saya kena blk..tapi kali nie lagi teruk,tanda2 nya sama seperti mcm nak period..tapi lagi teruk..nak kencing xleh,bahagian dia ari2 da terasa keras n bisa yang teramat sgt..pada mulanya saya jangka kan ia tanda2 saya ingin period,tapi terlalu awal tarikhnya..seminggu sy menahan rasa sedemikian..badan da jadi seram sejuk,suhu bdn naek serta merta..saya ada terbaca,kencing kotor akan menyukarkan kita mendapat anak..dan smpai skrg,saya masih belum ada rezeki nk menimang anak..

Tanpa Nama berkata...

skrg kena lagi UTI. 2 thn lps dah kena, melarat sampai buah pinggang belah kiri bengkak & demam 40C.kena tahan wad dlm 4 hari. sungguh menyiksakan.tu la, bila sihat slalu lalai utk minum air putih byk2...bila dah kena...rasa menyesal x sudah.

Mak Lin berkata...

Saya pun sama. Sebelum kahwin dulu tak pernah kena. Ni dah setahun kahwin dah 5 kali kena. Bersih dah cukup bersih, tak tahu apa yang kurang. Takut baca komen dekat sini, orang yang selalu kena kencing kotor susah nak pregnant ke? Saya tak pregnant lagi.

Azlina Bidara berkata...

Salam rakan2.. Kencing kotor.. Walau dah selalu dgr tak sangka pulak diri sendiri kena.. Pernah sakit tak puas nak kencing tapi bila minum air byk.. Boleh la kencing mcm biasa.. namun sejak akhir2 ni.. Sakit kat bahagian uri2 atau tundun tu menyebabkan tertanya2 kenapa rasa sakit mcm ni.. Kenapa rasa sakit merebak ke pinggang.. Nak buang air besar pun sakit.. Bila perut ditekan pun sakit.. Dah menggelabah.. Akhirnya pegi jumpa doktor.. Sintom ni diceritakan.. Terus doktor minta buat urine test.. Result dpt kencing kotor.. Aduh... Tak sangka kencing boleh kotor. Nak kata tak jaga semua dah jaga cuma satu jer yg memang susah nak jaga kurang minum air.. So.. Bermula saat ini, minum air byk2.. Sakit pinggang dah kurang... Cuma rasa bengkak kat uri2 tu.. Insyaallah kalau ok dgn ubat antibiotik nih seminggu lagi sihat.. Tunggu yer cerita selanjutnyer.. Salam..

Mak Lin berkata...

Salam. Sama lah kita. Menangis saya kena UTI, tunggu seminggu nak baik. Asyik ulang-alik toilet. Sakit lagi masa buang air. Lin minum air banyak-banyak berbotol-botol and makan painkiller untuk kurgkan rasa sakit. Walaupun seminggu, tapi pedih juga (T___________T)"

Tanpa Nama berkata...

saya terkena sakit ketika kencing semenjak salurn hos kencing kena cabut after caesarean delivered my baby..sy pg doktor pakar pun still sakit lagi walaupun dah byk kali minum ubat antibiotik..baby dah masuk 5 bulan tapi kencing still sakit lagi..tekananlah saya...apa suggestion?!

R.R.Z berkata...

Saya baru kawin sebulan, 3 hari lepas kawin. Sy dijangkiti UTI. Doktor ckp, normal bg pengantin bru. Sakit ya amat!!

Tapi semalam, tanda2 seperti loya2 dan sakit perut mula terasa. Petanda nak kena semula UTI kot. Kelam kabut minum air masak banyak2. Dah x sanggup nak kena lagi. Nak tunggu waktu berbuka, nak makan antibiotik dan ubat yg doktor bagi hari tu

R.R.Z berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Saya byk kali jugak kena UTI ni. Skrg tgh diserang UTI. Ulang alik ke klinik setiap masa. Sbb utama adalh kurang air dlm badan dan kebersihan etc. Agak sukar berdepan dgn situasi ini. Ttp dh terkena apa boleh buat. Ingatkn sakit apa sbb mmg sakit di bhgn ari2. Ramai kita fikir ia simptom period. Rupanya UTI. Pendek kata air putih itu sgt penting dlm kehidupan. Amalkan jer... Skip air putih mmg beginilh jadinya

Tanpa Nama berkata...

bru disahkan kne penyakit ni..hrp dpt menempuhinye...

Unknown berkata...

Saya tak pernah kena kencing kotor . Tp jumaat lepas sy rasa na kencing je ... berkali kali kua masuk toilet... da ta larat da . Da la saya keja kai coverall . Memg kelam kabut da . The skit yg teramatttt . Smpai muntah muntah . Trus g klinik kerajaan . Doktor tu ta cek ap pon . Tp terus ckp sy kencing kotor . Ubat yg dia bg pon memh ta berkesan . Sy dah cube minum barli .. tp same je ... makin sakit . Dan hari nie air kencing sy berdarah . Risaunya . Memg kena wat check up la kt spital swasta . Tkuttttttt :(

Tanpa Nama berkata...

Saya faham sangat bagi merea yang kena kencing kotor. Saya sud 5 tahun mengalaminya. Haya Allah yang tahu seksanya. Rasanya biarlah saya mngalami sakit yang lain dari terkena kencing kotor. Terlalu seksa sangat.

Tanpa Nama berkata...

Mohon copy artikel

Tanpa Nama berkata...

sy dah 4 bulan kawin dan 4kali dah kne kncing kotor ni..dah mkn ubt yg doc bg..ok..then bln dpn kne blk..cara2 pncegahan dah pn sy buat.tertekan dgn situasi kncing kotor ni.n bile bsama suami kdg2 rse sakit.smpai skrg x preggy lg..btul ke pesakit kncing kotor ni susah nk mngandung??risaunyeee..

Tanpa Nama berkata...

assalam...sye antare manusia yang allah nk uji...sye mnghidapi skit nie dah setahun lebih.berjenis-jenis ubat sye makan tapi ttap x hilang..kdang2 sye rse mcm dah baik tpi ia akan datang balik.sungguh mnyakitkn sehingga sye rse nk menitiskan air mate..pergi jumpe doktor cek pundi kencing x de pe2 tpi ttp terase skit..rumpai laut,detok,ubat hospital semua sye cube tpi ttp x berkesan..wassalam

Tanpa Nama berkata...

saya pn mndapat UTI.. nie kali pertama saya mendapat penyakit nie.. saya berulang kali pergi ke tandas.. tetapi tak terasa sakit semasa mengeluarkan air kencing.. apabila saya meminum banyak air.. maka banyak air kencing yang akan saya keluarkan..

Tanpa Nama berkata...

Antara petua yg sy amalkn...sbb sy x suka mkn ubat air di klinik tu....rasanya x best.....sy minum air mineral....mineral ye...bkn air drinking....spt spritzer or anything....sampai 2 botol besar dan paling berkesan minum lar air 100+...lau habis air2 tu....pasti kencing jd banyak....bila air kencing jd byk....x sakit da....tp lau sakit sampai demam2 tu....elok jumpa doctor mkn antibiotik....

Tanpa Nama berkata...

Asslm..saya pun menderita penyakit UTI.,2 hari selepas berkahwin pundi kencing saya amat sakit dan di ikuti demam..sekrg dah 3 tahn saya berkahwin tapi penyakit tsbut msih menahun di badan..dan lebih malunya lgi saya hampir 3 buln sekali jumpa dokter untk berobat..suami saya pun leps berhubungan bdn selalu sakit pundi kencing juga,entah dah berapa dokter dah kami jumpa..bermacm2 dokter cakap pasal kami,ade yg cakap kerana saya ade keputihan,lebih teruk lgi ade ke dokter tu ckap suami saya main jalang,sapai sekrg kami tk di karuniakn zuriat lgi..tpi cobalh juga sering2 minum air kelapa muda..kerana air kelapa bole membunuh kuman yg menyebabkan sakit UTI

Dian Faeysha berkata...

Asslm....sy pun mgalami kencg kotor,baru lg dlm 3bulan ni.....sakit sgtttt.,setiap buln pasti kena.tpi dgn izin allah kencg kotor sy dh xkembali ...bersyukur sgttttt!!!
Sy penh amalkn air barli,mknn pedas sy kurgkn,air putih(mineral) menjadi minuman harian sy...tpi sy tetap kena kencg kotor tu lg,..smpaila 1mlm ni...sy xdpt nk tido,sbb asyik ke toilet..smpai sejuk 1badan...time tu plk sy lapar,sy rebus telur 2biji separuh msk,sy mkn ....alhamdulillah kencg kotor sy dh xkembali smpai sekrg.....sekrg setiap pg mlm sy akan rebus telur ....selmt mencuba....

katak rempit berkata...

sy mengalami kencing kotor pd 27 nov ari tu.. doktor ade bg ubat dan sy mkn smpai dah hilang rase sakit dan air kencing mula berubah.. lpas tu sy x abis kan ubat tu.. beberapa ari kmudian sy menalami nya smula..

Unknown berkata...

info yg berguna...mintak share ye tuan...

salam perkenalan dari sy
Dsweetdiamond.blogspot.com

Unknown berkata...

Biasa klw kencing kotor sy pergi urut dan sengkak utk naik kan rahim....sbb mak bidan tu ckp klw rahim turun akan mnyebabkan tekanan kat salur kencing...wallahualam..
Tp mmg mnjadi dan pulih lah klw sy g sengkak tu..selain tu minum air msk banyak2...

Unknown berkata...

Biasa klw kencing kotor sy pergi urut dan sengkak utk naik kan rahim....sbb mak bidan tu ckp klw rahim turun akan mnyebabkan tekanan kat salur kencing...wallahualam..
Tp mmg mnjadi dan pulih lah klw sy g sengkak tu..selain tu minum air msk banyak2...

Tanpa Nama berkata...

Saya dah hampir setahun kene penyakt kencing kotor ni. Dah penat mkn ubat tp sama jugak. Ada sesiapa tak Ada pengalamam mcmna nak pausa ketika kene sakit ni. Sebab bila pausa jer memang teruk kene. Mohon kongsi pengalaman

Tanpa Nama berkata...

mcm mana pulak kalau belum kahwin? punca dia apa yee? sbb slalu sgt skit kt ari2 smpai naik pinggang. tgok komen2 sini. mcm susah nk ngandung. dulu masa form1 pnah kne. tkut jugak klau dia dtg balik.

Tanpa Nama berkata...

Ms kecik dlu sllu kna kencing kotor. Mak bg minum air lemuju yg ada gmbr kuda kt dpn die. Air tu rs payau dan berangin. Rs ubat la.. Pastu mmg trs baik. Skrg ms prggy kna kncing kotor blk. Minum air barli n hundred plus. Dh smkin baik...

carol berkata...

Sy pn slalu kna kncing kotor sblm ni, skit bhgian pinggang dn bhgian ari2, skit yg tramat, sy mgamalkn minum air rebusan daun 7jarum dn jmpa doktor krna xda than tlmpau skit, sykr la skg xda prnh lg kna kncng kotor, mnta2 djauhkn.. sy syor kn anda smua cuba mnum air rebusan daun 7jarum,ia sgt bkesan ,pokok 7jarum ada dtanam oleh ibu sy dkt rmh jd sng la nak mgmbilnya, air rbsn daun 7jarum sgt2 bkesan krn fungsi nya utk mcuci bua pnggng serta saluran air kncing dn mampu mbunuh kuman, slain itu air rebusan e2 jg ble mnurunkn tkanan drh bg yg da drh tggi. slmt mcuba..

Tanpa Nama berkata...

Saya dh 1tahun kahwin...masalah uti berulang2..lepas baik...kena lgi...tak smp 3bln..mst kena lg...ulang2..yg pelik nye lepas kahwin bru ada...mse ank dra tak ade plk..hehe..yg sy tau...doc surut abiskn antibiotik...n jgn smp tsilap sikit...mcm thn kncing mse tgh tdo (tido mati)...terus kena...mnum air jgn cita..nk muntah..smp mls dh nk mnum...muak..rse nk cuba petua pecahkn batu karang la...kot2 menjadi.....risau ad pln nk preggy....klu masih mcm ni????siksa la bdan oiiii...

Tanpa Nama berkata...

1 minggu lps kawin sy kene kencing kotor..tp sebulan lps tu alhamdulillah sy mengandung..skrg baby dah 9 bulan sy kene kencing kotor lg...x tau la kot2 mengandung pulak...yg belum hamil, teruskan berusaha dan berdoa ye

Tanpa Nama berkata...

Sy dh mgandung....alhmdulillah..sy pnh komen kt sini...dlm setahun sy tak bole mgandg...sbb kncing kotor dtg brulang..2bln skli...last skli syg kna..bln 11, 2014... mse sblom tu sy cuba cara mnum air klpa muda msukn telur aym kmpong..tln ttp hidung oi...hahahaha...klpa dh sedia ada kt umh mtua,,ambik standan..buat 3hr btrut2..last g klinik bln 11 tu, dy ckp awk ad btu krg..tp dh pecah jd pasir..lpstu abs smua ubt doc bg..(wajib hbiskan sbb kuman dgil) dh xd kena lg..syukur jmp penawar nya...smoga kndgn ini sihat2..dn jauh2 kn la sakit kncg kotor ini smp bila2......

Unknown berkata...

Ada ka cara tradisional untuk bayi yg kena jangkitan kuman .

Unknown berkata...

Sy nk shre

Hayati Ghazali berkata...

Terima kasih untuk tuan blog...kalau tak terkena kencing kotor, mungkin saya tak terjumpa blog ni...first time saya kena kencing kotor, semalam balik kerja kecing sakit dan badan nak demam, duduk salah berdiri salah..nak ke klinik pun klinik dah tutup...google maka jumpa blog ni...terjumpa antara petua guna soda bikarbonat sebab tu je yang ada kat dapur...bancuh dan minum...tak sampai 2 jam, sakit dah hilang, demam dah hilang dan kencing pun dah tak sakit...syukur alhamdulillah...mungkin kencing kotor saya masih diperingkat yang tidak serious...tapi petua minum soda bikorbonat ni memang sangat berkesan untuk saya...terima kasih sekali lagi

Hayati Ghazali berkata...

Terima kasih untuk tuan blog...kalau tak terkena kencing kotor, mungkin saya tak terjumpa blog ni...first time saya kena kencing kotor, semalam balik kerja kecing sakit dan badan nak demam, duduk salah berdiri salah..nak ke klinik pun klinik dah tutup...google maka jumpa blog ni...terjumpa antara petua guna soda bikarbonat sebab tu je yang ada kat dapur...bancuh dan minum...tak sampai 2 jam, sakit dah hilang, demam dah hilang dan kencing pun dah tak sakit...syukur alhamdulillah...mungkin kencing kotor saya masih diperingkat yang tidak serious...tapi petua minum soda bikorbonat ni memang sangat berkesan untuk saya...terima kasih sekali lagi

Tanpa Nama berkata...

Sy pom pengidap UTI. Dalam masa 6 bulan dah 3 kali kena. Dua kali sampai berdarah. Sakitnya Allah je yg tahu. Kali ke3 kena serang sy cuba minum air byk. Sy minum 1.5L dlm masa sejam n plus dgn air 100plus. Alhmdulillah sakit kencing berkurang.

Unknown berkata...

same lah tengah sakit UTI ni. Doc cakap ade sedikit sel darah putih. So degil sikit nak sembuh.Dah hari ke 3 makan ubat antibiotik yang paling pon masih rasa sakit.

Tanpa Nama berkata...

sama la sis..sye pun degil nak sembuh..dh sebulan lbh..sis skrg dh sembuh ke?

Baby Sandra Melaka berkata...

Kepada yg ada sakit uti ni boleh share2 kita buat group bincang2 pengalaman shj. Org kata jika kita brkongsi masalah at least dpt meringankan beban pnderitaan. Boleh wssp sy cik Sandra 0136743822.

Unknown berkata...

Sakit yg amat. First time kena lambat nk sembuh. 3 hari da... Seksa

Adams berkata...

Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

Sepanjangjalan berkata...

Sy dh byk Kali kena....3x berdarah..to Kali ni teruk sikit....sampai keluar masuk wad. Mcm2 antibiotics..masih X ok.. buat skop, Ada jangkitan kat pundi kencing. Pundi kencing sampai lebam..Dr masuk ubat ikut bawah, terus ke pundi kencing.. ok la sikit. Tp masih X begitu ok. Wat CT scan, Dr ckp Ada masalah gynecology..jumpa pakar gynecology, ckp Ada fibroid..Dr suspect mungkin tu yg jd jangkitan yg teruk tu...tp Dr pun X jamin tu puncanya...moga saya diberikan kesembuhan. Amin...

Sara berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sara berkata...

Dah ok ke puan? Dah tau punca kenapa pundi kencing boleh sampai lebam?

Unknown berkata...

nk kongsi pengalaman

Unknown berkata...

same dgn saya..dah habis antibiotik pun tak.baik